Sunday, November 28, 2010

Aqiqah Hannan (1)

Assalamualaikum, jumpa lagi.

1. Yang Sebenarnya.. hannan nak buat aqiqah pada hari ketujuh kelahiran, sebab sunnah nabi aqiqah dibuat pada hari ketujuh dan dinamakan pada hari ketujuh, tapi atas sebab tertentu dan mengambil kira jadual manusia manusia terpenting yang terlibat dalam kerja aqiqah maka kenduri ditetapkan pada 27hb November 2010, sehari selepas besday sebulan hannan lahir.

2. kerja yang mula-mula sekali sudah tentulah haiwan aqiqahnya, ayah cari kambin (sebutan orang taiping) sampai kampung sawah, pekan nenas pontian, begitu banyak jenis kambin jikalau disyarah nescaya bertambahlah enty hannan siri 3 dan 4. mula-mula jumpa biri-biri tempatan paling berpatutan harganya RM600 seekur, comel-comel belake..


3. Kendian jumpa lagi seekur anak kambin manjaa sangat putih, bersih, suka ngikut orang pula tu minum pakai botol susu .soo adorable ayah rasa macam nak dukung macam kucin, tapi kena kontrol sebab masa tu kat kandang kambin, so tak hairanlah banyak dikalangan nabi-nabi pernah menjadi pengembala kambing, seperti nabi musa, nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW, banyak hikmah rupanya.
4. Hari itu, hari mengenal kambin, ada satu jenis tu nama jenisnya Jamnapuri besar banget, takut hannan tengok kalau berdiri lebih tinggi dari orang, ada juga jenis boer tapi harganya kalau ditambah sikit lagi boleh dapat seekur lembu, so tak jadilah beli jenis tu..

5. Akhirnya jumpa kambin import, ayah kata australia mari, kiut juga seko-seko muka pun educated sikit, kata pengembalanya daging seko boleh mencapai 25 kilo, setelah dibuat perbandingan maka aqad dibuat dengan harga RM650 sekali upah potong lauk semuanya RM700. ALhamdulillah nanti Hannan akan dapat tunggang kambin...

6. Hari kenduri, Hannan gembira sangat kerana semua jiran sekeliling pakat turun bergotong royong bersyukur kepada ALlah kerana kami tinggal dengan persekitaran yang harmoni, dan dapat jiran yang semuanya ringan tulang,

7. Ayah cakap suasana sebegini dia tak pernah lihat semasa tinggal di kedah, perak, KL dan Selangor, akhirnya di Johor baru ayah dapat tengok semangat setiakawan dan bantu membantu yang sebenarnya, jadi untuk penghuni hujung lorong 4/8 Taman Pulai Indah, Hannan hanya dapat mengucapkan "hanya ALlah sahajalah yang dapat membalasnya".

8. Pukul 4.30 petang selepas hujan seroyat (perak selatan: hujan mula hendak berhenti)kawan ayah mula sampai dari acik Azharizal, Derek, Fairus, Loloq, Acu dan yang tidak pernah menghampakan undangan ayah, iaitu uncle Adam teoh dan uncle Lim (pada hari yang sama, acik Azharizal menerangkan hukum ibadah aqiqah kepada uncle Adam dan Lim sehingga mereka arif hukum tersebut, tq)
9. Selepas tu opismate lain acik najaa, noorul, norita & husband, acik lia dan tidak ketinggalan acik shakila last sekali sampai acik Izyan dan suami sampai selepas maghrib, terimakasih semua.. hannan seronok sangat. Hannan turut mengucapkan penghargaan kepada boss ayah, Pengarah JBGJB (TJ) kerana sudi hadir bersama seluruh keluarga pada hari tersebut.


10.Oleh kerana sambutan sebelah petang amat mengharukan (kereta parking sampai rumah uncle lan) maka nasi beriani madu spesel abang man dimasak kali kedua bagi memastikan kesegarannya untuk trip geng surau Nur Assalam Taman Pulai Indah dan tetamu lain malam tu pulak, kalau lebih boleh dibuat barkat (jawa: dibawa balik) atau bontrot (jawa: sama seperti 'barkat', tapi sebutan kena betullah encik). Sewaktu masak hampir waktu maghrib, makcik-makcik jiran sibuk nak mencuri resepi nasi beriani madu spesel pakcik (abang) man, sebab tu bila ayah ambik gambar mereka semua melarikan diri sebab malu...

11. Abang Edo, Jijim dan Kiki pun seronok juga main tak ingat pasal ayah dan ummi sibuk layan tetamu, tetapi satu soalan membuatkan ayah terkedu nak jawab bila abang jijim tanya.. "dulu masa Jijim dan Kiki lahir kenapa ayah tak buat kenduri macam ni..?" ayah jawab "errrrrr errr! korang buat korban ajelah.....takpun masa kenduri sunatkan anu nanti"

12. Nanti hannan sambung lagilah, oh! ya hannan dah cukur rambut... akan upload pada entry lepas ni, sebelum tu tengoklah dulu hannan dengan rambut masa lahir yang ada sebelum di utter oleh ayah... hmm terimakasih sebab baca.