Monday, April 9, 2012

jurnal di cameron highland 2

1. Masih dekat bunker WWII, selepas tour kilang teh, kami sibuk nak balik, ummi kata nak borong sayur kat kea garden, sebelum tu kena la posing dulu, cuba nak elak turun bukit waktu petang kerana hujan akan menjadikan jalan licin ...oleh kerana ayah tak mampu beli 4WD jadi ..belasah ajelah avanza 2WD apa yang ada..
2. Rasanya ini kali pertama dan kali terakhir Hannan naik boh tea plantation oleh sebab tu kena lah posing kat landmark .. unless ada orang kemaruk nak datang sini lagi ... kena la naik lagi.
3. Kalau naik CH, lebih sweet kalau dapat petik sendiri buah strawberri, tapi kali ni tak boleh nak self pick sebab tuan punya kebun tak bagi. pegang-pegang timbang-timbang tu ajerlah.4. Tempat hannan tinggal di crown imperial court belakang satu-satunya petronas yang wujud di Brincang. bagus kat sini kita sewa apartment (ala homestay) ada khusus parking lot satu. Ada jaga dan pemandangan yang amat indah. Mudah nak cari...5. Dalamnya sungguh selesa, untuk kapasiti rombongan cik kiah, termasuk hannan , tempat ni memang superb, tong gas, pemanas air, peti ais, astro, balkoni mountain view..6. Kalau ikut orang tua memang tak suka duduk kat hotel semuanya nak kena minta, nak kena caj. Tapi kalau kat homestay semua boleh buat, budak budak nak meloncat meraban semuanya boleh, tak perlu fikir orang bilik sebelah. Dalam banyak-banyak bende satu bende ajer takder.6. kebanyakan rumah dan hotel kat sini takde aircond, sebab kat sini semulajadi sejuk. Jadi perniagaan air-cond kat sini memang tak boleh cari makan. atas ni gambar hall dia, ada tiga bilik dan 2 bilik air, selalunya kalau nak kena tempah awal..7. Kebetulan kami dapat yang ada balkoni siap town view, segalanya perfect, sempat ambil gambar kat balkoni, masa ni tengahhari sebelum check out pukul 12.00. Check ini pukul 2.00 petang. Untungnya hannan masa tu, cuaca idak le paneh sangat.8. Dapurnya pun lengkap, mesin basuh takde tau.. ada peti ais, dapur basah dapur kering, gas lengkap, microwave... biasanya ummi akan masak untuk jimat cermat, duit boleh guna beli cenderahati kawan dan jiran Hannan. satu lagi iron takde, sendri bawah eh!, atau kalau tanak bawak juga masa booking apartment buat la request kat tuan homestay.9. Ini pemandangan dari depan, kalau musim cuti sekolah, pasar malam akan bermula seawal petang, yang nampak khemah kecik-kecik itulah tapaknya. Sayur kat sini pun murah-murah dan reganya kompetitif kalau nak dibandingkan dengan Kea Farm. 11. Dari sini nampak satu satunya petronas, jalan kat sini kalau musim cuti sekolah mau jem juga dibuatnya. jadi kalau nak naik atas, sebaiknya pergi seawal minggu pertama, masa tu orang baru nak merancang cuti-cuti malaysia.12. Ini pemandangan waktu malam, masih meriah. Masih terasa lagi strawberry cicah coklat yang ada dijual di pasar malam. Hannan tak beli sayur banyak banyak malam ni sebab esok nak beli sebelum turun balik ke Taiping. lebih segar sayurnya.13. Selain dari Brincang dekat Tanah Rata ada tempat yang baik untuk sesi fotografi, ada buah resaksa untuk diambil gambar. Tapi takleh makan tau!. nak tunggang boleh la. Abang kiki sebuk ajer nak menumpang strawberi Hannan.14. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, Hannan seronok jalan-jalan. nanti ajak ayah jalan lagilah.. nampaknya yang paling gembira adalah abang kiki, tengok dia senyum .. later.!

Tuesday, April 3, 2012

jurnal cameron highland 1

1. Masih kat boh tea plantation, pemandangan yang memukau tu yang buat hannan dan abang-abang giat berposing , terima kasih kepada teknologi kerana tidak membuat ayah buang duit beli kodak dan hantar cuci filem kat kedai foto. terbaiekkk!
2. Ayah banyak bergambar dengan Hannan, bosan jugak hannan jadinya, tapi kalau cakap kang dia tak mau dukung jenuh la ummi dukung dah la dia tak larat, so biarkan jelah, tu pasal muka hannan susah mau senyum ...
3. Seelok-eloknya nak bergambar di lereng bukit, nak dapat feel naik pagi pagi kalau ada kabus lagi cantek, kami keluar 7.30 pagi sampai kat boh plantation 8.15, tapi takde kabus pown. Betul la ayah cakap global warming menyebabkan kawasan CH dah tak sejuk sangat dah. Mungkin pasal malam tadi tak hujan.
4. Ayah kata, kalau dia ada DSLR lagi santek gambarnya, ayah ni macam macam niat dia macam la duit banyak. kejab nak beli galaxy note ler, kejab nak beli starex ler, ni nak beli DSLR pulak ...asal jangan pecah tabung hannan sudah!.
5. pemandangan landai macam gini buat Hannan tertanya macam manalah tukang potong daun teh ni buat kerja pagi-pagi, tak sejuk ker? kalau hujan macam mana, takde jumpa binatang liar ker, tak de keceplos ke (java means jatuh). Berbanding dengan kerja ayah dan ummi, Hannan bersyukur dengan sumber rezeki yang kami ada Allah berikan. Usai melihat ladang yang tak jemu mata memandang, kami pi boh shop pulak.
6. Selain boleh menikmati minuman teh yang dah di inovasikan macam macam sekarang, kita juga boleh membeli berbagai produk boh kat sini, dan ada juga yang tidak dijual dipasaran Malaysia, sebab mutu yang tinggi dan kalau jual kat market pun orang Malaysia takkan beli... tok ada beli satu.7. DIa punya kedai agak purba sikit Hannan tengok macam bunker WWII ajer. tapi oklah tak pernah hannan tengok banyaknya jenis teh yang deorang buat, ye lah hannan minum susu ummi dan di supplement dengan dutch baby ajer kann. Minum teh awal awal ni nanti cepat datang penyakit pulak. ...nanti ayah jugak yang susah.
8. Sementara menanti lawatan ke dalam kilang teh boh, kami minum-minum dulu, semua minum teh kecuali hannan, rasa sikit aje, takut kembung perut. Apapun atas meja hannan take the rules!
9. Hannan tetap nak merasa teh jugak .. yang ni teh o ais limau yang masam tapi sedap ...nyeporr ajer hidung hannan tau ayah ambil gambar..
10. Dalam ramai-ramai adik beradik abang edo lah punya selera yang pelik-pelik, kalau order makan atau minum selalu minta yang bukan-bukan, last last dia yang tak lalu makan @ minum, dia kenapantang sea food sebab ada allergic, sekali datang allergic mata dia takleh buka, asyikla kena bubuh ubat ...kalau tak bubuh ubat nanti ayah marah.
11. 9.45 kami mula tour kilang buat teh boh, bau teh dia dalam 10 kaki dari kilang dah menusuk hidung hannan, apapun inilah pertama kali hannan masuk kilang teh dalam hidup. Tourist guide dia seorang meenachi yang sangat rapport. Sampai banyak juga mak berbelanja beli teh kat situ.
p/s akan datang jurnal CH 2 (last punya)