Friday, December 18, 2009

YEV! Year end vacation yeaha

Pra: Mula-mula tahun ni rancang nak bercuti ke Langkawi tapi bajet ciput terpaksa la pi yang dekat-dekat. Kebetulan dapat undangan ke Bengkel Pemantapan Khutbah JAWI di Bayu Beach Resort 15-17 Dis bawalah budak-budak tu sekali, tapi redho brothers duduk kat corus paradise. Ni gambarnya.




Kami duduk kat corus paradise apartment sewa, sesiapapun boleh sewa. Muslim only! (promote). Sea view, dua bilik, 3+1 katil, astro, dvd player, induction cooker, microwave, peti ais, gula, garam hampir semua disediakan.. Access kolam mandi, mandi laut dan macam-macam lagi. Booking ? call aburazeen atau leave a message in chatbox.


Aktiviti cuti sekolah tak banyak yang grand-grand tapi setakat seronok budak-budak tu adalah, yang lain-lain antaranya pi pasar stadium 6/12/2009. Oleh kerana Rifqi bertambah semangat maka terpaksalah masuk troli .. tapi troli kat stadium tak le sehensem troli kat giant.. sori ye kiki ; )


Budak-budak ni diajar tengok ibadah korban 28/11/2009, kali ni turn sungai relong, special tahun ni 7 kerbau 1 lembu, Alhamdulillah tak takut pun budak-budak ni tengok haiwan disembelih, qeqh bila nak buat aaaaaa?


Entry kali ni dirangkum sekali dengan konvokesyen rasyid redha, untung ngko ye kecik-kecik dah konvo dapat bunga sekali, ok tq tadika Firdausi Kangkar Pulai, tahun depan si Razeen pulak ikut jejak Rasyid.


Satu lagi event redho bros. Pi kenduri kahwin Tok Lang Lan (orang kedah particular pasal pangkat saudara mara) Kg Paya, Baling + Kg Jana, Kemunting, special 14 pasang menikah kat Masjid Maimon 18/12/2009, ramainya Umat!. Anyway barakallahulakuma, wajamakuma fil khair semoga berbahagia ke akhir hayat.. Amen