Sunday, November 30, 2008

Spending Vacation

Puas berdalih dengan anak sulung nih, berkesan pulak idea commercial melancung ke singapura. sampai terpengaruh 2/2 orang anak. Malas betul nak ke Singapura walaupun Latifah dah nak completekan tahun ke dua di JB. Kata orang parking jauh dari vacation spot... apapun sebenarnya nak safekan duit. tu yang sorang lagi nak keluar Januari nih, kena fikir jugak. Sebagai teknik diversion bawakla semua-semua pergi makan kat Bukit Bintang, makanan Arab la, nama kedai dia Sahara tent cuisine tempat masuk dia ada tulis ain arabiah, buleh try test tengok, bagi saya makanan nya boleh tahan... tapi masih rindukan tokmiah dan firakh mashwi...

Sebelum tu pergi pasar Stadium beli lauk, boring-boring tengok kelengkapan pasar orang Shah Alam, rupanya macam satu kemestian beli troli bawa lauk supaya senang bawa barang, dah tu time makan bihun sup takpayah la bersepah atas meja.

Thursday, October 2, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429H


Assalamualaikum WRT WBT

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan sesiapa saja yang mengenali kami terutamanya yang menghantar sms hariraya, maaf tak sempat nak balas, kalau balas pun lambat sikit maklumlah kampung jauh, tahun ni kami balik Taiping, kalau ikut sunnah Rasul semasa Aidilfitri bila jumpa sahabat masing-masing mendoakan sesama lain dengan pengertiannya "semoga Allah SWT menerima amalanku dan amalan mu" dalam bahasa Arabnya. "Taqabbalallahu minna waminka" oleh itu semoga berjumpa lagi. dari Mohamad Ridzuan bin Zainudin, Latifah binti Sukiman, Mohamad Rasyid Redha dan Mohamad Razeen Redha, Wassalam

p/s: maaf tersangat kepada insan-insan yang sudi hantar sms raya, almaklumlah saya ni raya long distance, balik shah alam baru sempat nak belek sms, jangan kecik ati noooooo, untuk value add kan kemaafan saya ni disertakan pantun sesuai ikut asal tuan-tuan dan puan-puan sekelian, dibaca dengan loghat asal please... (ihsan emel kawan)

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Selangor (jawa)
Bocah-bocah mareng Singopuro
Dicaplok karo iwak patin
Luputan kulo sing akeh-akeh dingapuro
Jalok maaf lahi batin


Perak...
Gulei tempoyok ikan mayong
Deghoyan busok tebok tupei
Pandu ceghomat ingat kampong
Ase(Asal) kome selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang ...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang