1. Assalamualaikum semua, lama hannan tak hapdet, dari terbaring sampai dah boleh merangkak, baru nak hapdet, apala ayah ni, sibuk sangat sampai tak sempat. Takpe dah kasi warning kat ayah untuk selalu hapdet. Ini adalah post terkini Hannan semasa cuti wesak.
2. Cuti Wesak 17/5/2011, ummi ajak cari tudung kemboja jual murah-murah kat Pekan Nenas, first time pergi hari Selasa (setiap selasa sahaja) orang punya la ramai, sampai ayah pi ambik air sendiri kat dapur, ummi pulak queue kat depan meja roti canai, ummi suka kedai makan kat dalam masjid pekan nenas meskipun pelanggan ramai tapi untuk menunggu dan menikmati kesedapannya adalah berbaloi .... kata ummi. Ayah sebenarnya nak ajak pi tempat lain dia tak suka havoc, tapi sekali sekala takpe, lagipun dia suka makan burasak ....pernah makan burasak?
2.5 Burasak adalah makanan adat bugis, ayah amat suka makan sebab ada nasi dalam bungkusan pisang tu ada aroma kampung katanya. Kalau makan burasak pencicah lazimnya adalah asam pedas ikan parang. Rasanya masam sikit, ummi dah tahu favourite ayah, turut sama masuk menu pagi ni, lepat pulut. yang ni jawa punya, atuk sukiman selalu buat time raya. Abang kiki semua dia belasah, pagi ni dia makan roti canai ajer. Yuk! mangan....
3. Hannan dah pandai merangkak, tapi seret dada lagi lutut masih belum kuat. Tempat favourite Hannan masa ayah ummi dan abang-abang makan adalah bawah meja. Nanti ummi jerit ..... baik-baik hannan nanti kena pijak!
4. Hannan macam biasa suka kalau duduk dalam beg gantung. Dulu ayah tak suka bawa baby macam ni, dia kata macam b...k!. Tapi sekarang dia pulak suka pakai, dah tak larat dukung katanya, kadang tu hannan bowing.. hannan tidur je kat mana-mana, tak susah pun, menempek kat ayah macam ni....

5. Petang Isnin 16/5/2011, hannan tau tarikh sebab ada tarikh kat kamera tu ... oh ya! kamera ummi baru beli Olympus 14 megapix 5X Zoom, saja ummi beli senang nak bawak jalan, digital kamera ayah yang beli masa nak naik kinabalu tu dah mula buat hal, tapi masih buleh pakai lagi. hannan suke suke suke!
5.5 Petang tu baru ummi dapat keluar main kat luar sebab cuaca cantik, ummi main badminton ngan abang redo, abg ajim tak boleh main permainan fizikal dia cepat panas baran! (cepat moody), pasal tu dia kayuh basikal je selalu, abang kiki pulak suka naik basikal roda tiga, dia akan buat bunyi macam moto ayah ...dia tu suka berangan hik4.
6. Ruang tamu adalah playground hannan dan abang-abang, rasa nak join deorang main lawan-lawan tapi susah sebab hannan tak boleh jalan lagi, so terpaksalah abang-abang semua main rangkak-rangkak baru sama level, Hannan paling suka abang razeen sebab dia pandai asuh dan suka buat lawak badut ...
6.5 Semua abang-abang hannan rajin jaga hannan, termasuk abang kiki, tapi terhad kepada ambik pampers hannan ajer itupun kalau ummi suruh, yang penting takde orang jeles sebab hannan je bekepit ngan ummi 24 jam.
7. Tapi abang redo pun ok juga, ada sekali tu dia terlepas pandang sampai hannan jatuh kerusi, tak baik tauuuu. lain kali jangan buat lagi. jatuh jatuh ni hannan dah biasa sangat dah. Baru ni jatuh dari walker ...nangis sampai selop (kata orang kedah)
8. Ni kat Chamek Kopitiam, belakang Mydin Bandar Baru Uda, masa keluar nak cari hadiah hari guru dan beli kamera, lapar sangat makan le kat kopitiam lagipun ayah kesian ummi letih nak balik masak.. ayah amek Alfredo Fettucini ..ayah kata dulu sedap ..la ni dah tak sedap. Hannan makan apa yang ummi suap ajer.
9. Gambar pertama diambil dengan kamera baru ummi, cina kedai test ambil gambar, adalah gambar Hannan bestnya, tapi hannan kontrol ayu nampak tak? Hannan ni fotogenik ke.. .
10. Pe pown nanti hannan tulis lagi kalau ada masa terluang, kalau ayah lambat hapdet nanti hannan gigit dengan gusi (gigi belum tumbuh lagi laaa). kangen dengan kamoo!