1. Jurnal 5/2/2011. Kat Johor musim main layang-layang. Masa nak masuk keluar di kawasan Taman Pulai Indah, makin ramai pula orang main layang-layang. Memikirkan masa dulu-dulu membesar kat Taiping susah benor nak jumpa kawasan lapang nak main layang-layang. Tapi kat sini Alhamdulillah masih ada tanah lapang untuk budak-budak main. Sesuatu yang aku tak rasa masa kecik-kecik dulu.
(Ummi dan abang memilih layang2 untuk main petang ni, dari pemandangan hanan bertoncit satu dalam kereta)
2. Sebelum nak pi beli alat memancing udang (besok punyer program) kat Mydin Nusajaya. Tipah ajak singgah padang untuk beli layang-layang kat budak-budak. Sekali sekala kehendak anak yang dalam kemampuan kita hendaklah ditunaikan. Lain la kalau dia minta galaxy S ke, yang tu tunggu ayah pakai Galaxy Note dulu tau. Oleh sebab layang-layang ni cantik punyer, maka harga tiap satu sekali benang RM15.00 dua orang minta kurang RM25.00, ini kira murah le lagi kalau nak beli kat pasir gudang masa pesta nanti lagilah mahal.
3. Main layang2 ni menyeronokkan rupanya, ia memberikan kita kepuasan, memberikan kita rasa berkuasa, meskipun yang dikuasai adalah layang2 dari kertas dan kerangka alumunium berasimilasikan benang gulung, so tak hairanlah kuasa adalah matlamat hidup sebahagian manusia. Lagi Maha Berkuasa adalah Allah SWT, siapa yang diberikan kuasa maka ia menjalankan amanah Allah hrmmmmm... Perkara semudah layang2 kalau kita tadabbur boleh membuka kita akan hijab kuasa Allah SWT rupanya.

4. Makin hari makin ramai budak-budak main, turut diajak sekali kawan-kawan si Edo dan Kiki, meskipun padang tak semenggah tapi aku puas hari anak-anak dapat bermain dengan bebas dan riang. Seronoknya jadi budak, takde masalah, main tido makan main tido makan ...pastu kena marah dengan ayah hahahahah.
5. Biarkan budak-budak ni gembira, sementara cuti sempena maulidur rasul dan thaipusam, lepas ni jangan malas sembahyang ayah libas korang.. ada paham!
6. Untuk edo jijim dan kiki, inilah pengalaman pertama main layang2. Ayah gembira bersama ngkorang dapat main sama-sama ...eh! sapa pulak nak amek gambar ayah nie?

7. Biar betul! kiki pun boleh main layang2. kegembiraan di hati kiki dapat digambarkan dengan khusyuknya memegang benang layang2. Dengan janji besok main lagi ya.
8. Dengan main layang2 kita akan mendongak langit, bukan selalu kita mendongak langit bukan?. dari situ kita akan nampak kebesaran ALlah, menciptakan langit sebagai bumbung tanpa bertiang. Dari gambar terdapat lembayung senja menandakan maghrib kejab nanti bakal tiba.
9. Kiki masih memandang langit ....tingginya layang-layang. ayah kata 'tinggi lagi langit ciptaan Allah' nanti kiki jadi seorang pemikir, lihat alam nampak Allah.. jangan lupa doakan ayah nak. Dah jum balik cepat. kita pi solat kat surau Nur Salam Maghrib berjemaah yuk!
10. Sesiapa yang minat layang-layang buleh la datang ke Festival layang2 yang dibuat saban tahun di Pasir Gudang, AR pun tak pernak pergi.. INsyaAllah tahun ni kalau sempat pergilah. Main layang2 ingat Allah.. itu yang betul.