Pra: catatan ini dibuat dalam bentuk trilogi (bukan tiru LODR)sebab banyak gambar terbaik ingin dikongsikan oleh Hannan sebagai kenangan kita semua. Jangkamasa rakaman dari 10/3/2012 hingga 13/3/2012, venue Shah Alam-Brinchang-Tanah Rata.
1. Lepas habis pengajian kitab Muniyatul Musalli ayah kat Masjid Wilayah hannan shot to Masjid Shah Alam sebab ayah kata nak cari jubah. Ummi kata jubah ayah dah lutuk (java terms means 'dah season'). Ayah susah nak beli baju sebab dia very-particular-kind-of-thing bila bab beli apparel. Hannan mencikk!. Busan ayah pilih baju lama-lama Hannan pun naik lapar, so kami makan Nasi Arab gerai Dalam Masjid Shah Alam. First time kat sini.. Hannan kongsi dengan Ummi dan Kiki, Nasi Arab daging.
2. Abang edo dan jijim pulak tibai nasi arab ayam, harga buleh tahan tapi dinasihatkan supaya tengok dulu banyak atau sikitnya nasi tu, takut tak habis, setakat yang kami ambik satu pinggan boleh kongsi tiga orang ....ayah? ..don't worry ayah tak kisah makan apapun. semua taruk ... lagipun dia sweeper. Sebab ayah kata membazir amalan syaitan ...sebab tu lah dia punya akhem akhem ...dari six pac jadi 'a pac' sajer... ayah kata makan kat situ boleh rekemen kat kawan... nasi dan rasa dia kompetitif.
3. Dari Shah Alam shot straight ke Taiping kampung ayah.. kali ni kami jalan siang sabit dengan kelas ayah kat Shah Alam tu, kalau tidak kami nampak bulan dan bintang ajer la... sebab tu kami jarang jarang dapat tengok terowong menora '...one of its kind' kata ayah. kecuali naik flight aja kami tak lalu dalam terowong ni ...bila ntah hannan dapat naik flight?.
6. Rasa Hannan nak seronok beli barang belilah di pasar malam brinchang, semua ada strawberry cicah coklet pun ada.. kat sini suasana dah sejuk, dicampur hujan petang bawa ke malam, ayah cakap cuaca macam musim sejuk kat Mesir, nanti Hannan nak pergi lah!. pasar malam sini hari hari ada ikut cuti sekolah katanya.
9. jarak dari Brinchang nak ke Boh lebih kurang 15km jauh juge tu. orang yang sampai kat sini pun tak ramai, jadi acara bebas ambil gambar, cuma berhati-hati dia punya tanah lembab dan kalau hujan licin, apapun Hannan ok ajer ...sebab ayah dukunglaa.
10. Kiki pun sibuk nak berdukung juga, tak sedor badan tu dah berat lebih 10kilo..