Tuesday, September 8, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H



Assalamualaikum

Genap setahun blog myrazeen dicreatekan, walau tak semeriah mirror sitenya (www.aburazeen.blogspot.com) tapi ia penting untuk data pribadi abu razeen, dan dasar memasyarakatkan keluarga razeen.

Untuk raya tahun ni (sebagai rekod) giliran Johor so routenya lebih kurang begini

Kluang - Batu Pahat - Pontian - Kota Tinggi - Mersing - JB . Sayugia diingatkan tahap minima rumah yang diziarah adalah 1 buah bagi setiap daerah dan minimum up to 4 ke 5 rumah.

Ijmak diputuskan tahun ni balik 1 kampung aje, sebabnya tak dapat bonus, jimat cermat bawak berkat, mana tahan weiii ongkosnya campur minyak campur tol campur duit raya bebudak...

Ahli keluarga kami bertambah tahun ini, itu yang buat ummi dia time berbuka kena buat kubu bagi mengelakkan si kiki datang join berbuka, kalau tidak kecah jadinya. Raya kali ini hanya sederhana sahaja kerana bonus tara laaa. Tunggakan pun belum masuk, tapi bab ziarah menziarahi tetap wujud. Jadi untuk yang menerima kunjungan kami siap sedialah dengan tiga sampul kepada ahlil redha bertiga ni:

Yang sulung Mohamad Rasyid Redha @ redho, masih tadika tahun depan masuk satu, sedikit kememe, dah tanya bila boleh kahwin, sehingga greeting ini ditulis belum pernah buka/batal puasa dengan sengaja sebab mak dia janji nak kasi RM30.00 jika puasa sebulan. Mudah teruja dan very sensitif. Makanan berbuka suka mencuba macam-macam tapi kalau nasi yang ada kaler cth: nasi ayam, nasi beriani, nasi hujan panas ..sehingga menjilat kaki.
Yang kedua Mohamad Razeen Redho @ jijim, yang ni kelakar banyak buat lawak tapi senang diusik, suka bermain dengan adik rifqi, tidak mahu pakai gelaran angah, dia nak dipanggil along, kuat imaginasi, champion jigsaw puzzle, lepasan degree sekolah ultraman dengan cikgu kegemaran Faizal Tahir. Suka kerobek laptop pastikan laptop anda telah ditapis sebelum di browse oleh hacker termuda ini. Walaupun puasa yang yok tapi berbuka mengalahkan orang berpuasa, menu wajib tiap kali berbuka karipap dan donat, biskut idaman semasa lebaran donat dan karipap... bosan warrrrrrrgh, takde kuih lain ker! satu lagi lupa drumstick pun dia suka jugak.

Ahli terbaru Redha Bros Mohamad Rifqi Redha @ kiki, hari raya 1430H merupakan debute buat kiki, masa aktif time berbuka puasa, macam ulat beluncas kata umminya. sekarang guna 4WD jadi dinasihatkan kuih raya dan cawan sirap tidak diletakkan atas lantai, duit raya boleh diletakkan dalam sampul water resistance sebab semua bende yang diberi akan di mark dengan dimasukkan ke dalam mulut. lencun weeh. Senang dikesan semasa makan ubat, allergic ubat you, siap kena pegang kaki tangan, jerit dia satu blok boleh dengar.


Ok. ucapan hari raya tahun ni tambah sorang lagi, dimulakan dari:

Mohamad Ridzuan Zainudin a.k.a Abu Razeen
Latifah Sukiman
Mohamad Rasyid Redha
Mohamad Razeen Redha
dan
Mohamad Rifqi Redha

mengucapkan selamat hariraya Aidilfitri 1430H, maaf zahir batin halal makan dan minum untuk semua pengunjung blog myrazeen, khususnya sedara mara sahabat handai termasuk musuh pelbagai. sebarkan ukhuwah, kukuhkan thabat, depani cabaran, banyak-banyak baca buku, makan-makan baca bismilah ingatlah kengkawan.

Taqabbalallahuminna waminkum.

No comments: