Tuesday, December 28, 2010

Aqiqah Hannan (2)

Assalamualaikum ...jumpa lagi.

1. Lambatnyaaa ayah nak update entry hannan. Ni nak kena babap ni. OK! sambung kenduri hannan malam tu panggil orang surau, ditakdirkan malam tu ada tiga buah rumah buat kenduri, dua buat marhaban dan satu kenduri arwah, jadi jemaah surau jadi 1/3 je datang, apapun meriah ALhamdulillah

2. Sepupun Hannan pun join juga semasa tahnik, eireen namanya, namanya panjang susah nak eja Hannan panggei eyin ajer.
3. Hannan dengan ayah, ayah cakap "udah-udah le tu tido, bangunlaa orang nak tahnik awak ni!"
4. Time makan meriah jugak, macam siang tadi berbaloi juga masak banyak-banyak siap boleh bawa barkat.
5. Abang Kiki asyik melekap je kat ayah, dia selalu cenggitu, nak dokong tak sedar badan dah lebih 10 kilo hik3
6. Ni tahnik fesyen baru, pakai puting yang ditaruk madu, semoga ahli surau yang soleh selalu berjemaah akan mendoakan Hannan jadi orang yang solehah ;)

7. Ni majlis ramah mesra sama atok dengan jiran-miran, bahasa linguistik 80% jawa 20% melayu johor, speaking belaka.
8. jemaah yang istiqamah, masing masing dapat bontrot atau barkat.. ALhamdulillah.
9. Masih lagi gambar tahnik, terimkasih datang

10. Ok seperti dijanjikan gambar hannan selepas tahliq atau cukur rambut. rambut yang dicukur ditimbang dan nilaikan dengan emas dan disedeqahkan kepada fakir miskin, sunnah tau! dibuat pada hari ketujuh. (tapi dalam hadis tulis fiddhah 'perak')

11. La nie, Hannan dah jalan merata-rata dah. Lebih 40 hari boleh le jalan

12. Gambar ni diambil, tepi kolam Quality Hotel temankan edo jijim dan kikim mandi ..tapi hannan tengokkan ajer.

13. Lagi gambar hannan untuk sesiapa yang rindukan caye...

14. Hannan tiada rambut, sekali je botak ni lepas ni tak dapat tengok aurat kepala lagi dah...

15. Bersama abang kiki semasa di kenduri acik noorul badariah di felda nitar, hannan masuk rombongan pengantin lelaki iaitu acik hafiz a.k.a faizal a.k.a abang kereta oren (kata acik noorul).

1 comment:

Noorul0206 said...

tima kacih hannan sudi datang majlis acik noorul..muaaah tuk hannan...