Wednesday, March 16, 2011

Geng Paya Nedam Bedeghau di Chemomoi

Pra: Chemomoi, sekali dengar macam nama kucing belaan, tapi sebenarnya ia adalah salah satu felda dalam gugusan Mendi, Triang Pahang. ada kenduri sepupu kat situ, at last terjejak juga kaki ke satu lagi bumi Allah disebabkan ukhuwwah dan mahabbah.

1. Kenduri anak Tok Njang, adik beradik sebelah ayah, ramailah kerabat dari kedah khususnya Pendang turun je Pahang, tak susah nak cari felda chemomoi.. kalau dari jb (tapi hannan gerak dari Kluang sekali dengan nenek makcik dan maksu) akan jumpa segamat, pasir besar, jempol dan masuk gugusan mendi sebelum sampai ke Triang.

2. Ini kali pertama masuk Pahang ikut Jempol, selalu samada ayah masuk ikut Bentong atau ikut Mersing/Endau. Jauh juge makan 3 ke 4 jam baru sampai.

3. Oleh sebab lama tak buat posting, hannan tunjukkan muka hannan yang baru gaya bertudung, macam muka sapa eeek?.

4. Sebahagian kerabat yang turun meringankan tangan, yang pakai DSLR tu Azmi suami kepada Fauziah sepupu ayah, baju merah Mat, sepupu ayah, yang rambut ada ekoq tu Pak Tih Non buka kedai makan kat Gambang.. mengkalu turun Gambang Water Park buleh singgah soruuuu. Yang dua orang membelakangi kamera adalah anak-anak Pak Tih Non. Kira sepupu ayah jugalah.

5. Pak Njang Mud (bapa pengantin) yang pakai baju oren, adalah anak kedah yang meneroka di Pahang, dan beranak pinak kat sana. Alhamdulillah dah lepas seorang anak ...

6. Sebahagian orang kuat yang turun 'bedeghau' (bergotong royong) turun hampir 400km dari utara, untuk memeriahkan kenduri Pak Njang Mud, - dari kiri - Pak Tih Non, Pak Lang Wi, Mat, Mak Lang Ani..
7. dari sebelah kiri.. Mak Sue, yang dok menyusu baby Dik Not sebelahnya Mak Njang, dua dihadapan adalah Mak Su Hannan dan nenek mok..

8. Oleh sebab datang dari jauh Mak Lang Ani hanya mampu menjadi penyambut tetamu, tetapi tetap bedeghau... sebelum tu mak lang dah pulun buat reja dahhhh.

9. Yang baju kaler oren adalah mak tih, isteri pak tih yang bisnes makan-makan kat gambang, bersama anak daranya yang menjadi mangsa kemalangan jalanraya... cepat semboh noooo.

9. Paktih Non dan Paksu Hadi, Paksu turun awal lagi dua tiga hari nak kenduri, wireman import dari paya nedam.. tahniah. Pakai Alza jalan jauh pun tak terasa..

10. Pak Lang Awie, tokey bendang dan getah dekat Tempoyak (nama tempat kat Pendang) sanggup naik bas sampai ke Selangor pastu Fauziah bawa sampai ke Pahang lalu ikut jalan Karak .. semoga anak cucu akan datang mempunyai spirit yang sama untuk menyambung silaturrahim... Bila Paklang nak mai Johot pulak.

11. Baju kaler-kaler Mak Njang, turut menyambut tetamu, dan yang tersenyum tu ibu pengantin ..Mak Njang juga ayah panggei ... konsep kaler 'oren'. OK. dah banyak gambar dah nih, hannan nak relax pulak. Bawah post istimewa Hannan, sekarang dah masuk 4 bulan dah pandai meniarap dan yang paling terer jelir lidah kat orang hahahahah....

12. Bluwekkk .............................................
post : sejak dua menjak ni ayah sangat sibuk, katanya side kick ofis dia dah naik pangkat, smentara nak tunggu officer baru datang kena la cover kerja yang lain-lain.. letih dan kurang masa nak hapdet...

4 comments:

puteri saadah said...

so sweet my dearest hannan! mmg sporting kalau bab bergambau ek!cantik bila bertudung, bila menjelirkan lidah tuh.. pergh... ;)

saf said...

waa.. ramai kerabat ye..
sekali sekali berjumpa memang best, bagus ni untuk rekod.. bukannya boleh ingat semua, sekali sekala je jumpa. good idea. nanti bole tiru.

saf said...

untuk letak 'like' kat bawah setiap post....
1) sign in
2) klik perkataan Design
3) pergi kebahagian 'blog post'-- edit(tulisan biru dihujung)
4) tick pada kotak 'reactions'
5) boleh tukar kebahasa melayu atau tambah reaction dll.

sekian terimakasih.

abu razeen said...

timacih khalah safi, hannan suka jelir lidah.. benchmark .. bluwekk