1. Cuti Raya Cina, tapi makan kat little India, last sekali makan nasi daun pisang kat PJ adalah 6 ke 7 tahun lepas, masa tu masih kat mukmin.com, dulu bos belanja sekali, sedap maa! kepada yang pernah rasa mesti teringat-ingat akan kelikatan kari (kari minggu lepas), nasi yang panas sedikit lembek dilestarikan dengan daun pisang segar (daun pisang bukan untuk dimakan yea), table etiquette dia lepas makan daun pisang itu dilipat, maknanya butler dia boleh amek... pinggan pakai buang mesra eko namanya. Cara nak pi dia selepas tn. lalu atas jalan keretapi sebelum masuk bandar Kluang terus belok kiri seolah-olah nak pi Railway Station, sebelum jumpa Stesen tengok ke sebelah kanan. Depan kedainya ada kedai jual kaset (mind of tamil song rumbling your head while eat there) tepinya kedai kain, kedai rempah cenggitulah.
2. Nak lagi kaw! pekena dengan lauk kambing, kuahnya campur kari ikan, kari ayam, kari kambing, kari lembu, economically speaking anda sebenarnya dah rasa kesemua lauk main dishes yang ada kat kedai tu on one shot...ok tak? untuk lebih berkhaziat (khasiat+zat) minumlah susu kambing fresh yang ada (limited edition) tapi kalau tuan-tuan ada masalah kesihatan rasanya dos kari itu dan susu kambing elok disukat-sukat sebab spital baru Kluang dah pindah dekat jalan gunung Lambak. yang dekat Kem Askar dah jadi asrama. ..so jauh le sikit nak dikejarkan nanti.
3. Layanan macam dalam syurga bro. lepas nasi datang, butler akan bawa bekas platinum multiply portable namanya, paling kurang ada triple kuah sekali bawak, biasanya saya akan minta semua taruk. Tipah terkujat juga tengok nasi ala-ala pinggan tambah yang ditaruk atas daun pisang …jangan takut Yang! boleh habis punyer. Baca Bismilllah dulu.
4. Kalau tn-tn nak cuba sebenarnya tak banyak kedai nasi daun pisang ni. Yang paling enjoy pada hari itu adalah saya dan jijim, tengoklah excitednya muka dia, manakala ummi pula.. sebaik sahaja tengok serve deorang terus tak lapar, biasalah orang fenfuan (dibaca telo kiki). Hannan tak taulah lagi ikut selera ummi ke ayah. kalau ummi hi-taste sikit, kalau ayah ......semua taruk!
No comments:
Post a Comment