Sunday, November 7, 2021
Tuesday, October 5, 2021
Sunday, September 19, 2021
PEMERIKSAAN KESIHATAN 19 SEPT 2021
Diagnos KK Taman Universiti pada 19/09/2021
1. Asid Urik memang tinggi dan memang kena jaga makan.
Indikasi teruk bagi penyakit gout apabila diserang sakit lebih dari 5 kali
setahun. Jika sekali serangan dan kemudian belum sembuh sepenuhnya diserang
lagi. Ini dianggap sebagai sekali serangan.
2. Buah pinggang dalam fasa dua. Dr punya fasa 1. Dia ada
lima fasa, fasa yang ke lima kena cuci buah pinggang. Oleh sebab itu jika makan
ubat pil. Akan menambahkan kesan kepada buah pinggang dengan lebih cepat.
Mungkin akan sampai fasa 5 dalam tempoh 10 tahun. Oleh itu jaga buah pinggang
dengan elok sebab dia boleh recover balik jika betul dengan pemakanan.
3. Darah agak tinggi sebab hari ini cek BP 146/95. Berat 76
dan tinggi 161cm. Walaupun cek dekat rumah pakai mesin sendiri nampak macam
stabil. Mungkin sebab datang klinik sebab tu darah boleh naik.
4. Dinasihatkan buat pemeriksaan setahun sekali. Sila datang
klinik buat pemeriksaan jika BP darah di rumah mencapai 140/90 atau serangan
gout yang teruk.
5.. Pilih nak makan ubat atau tak nak?. Kalau boleh tak nak
makan ubat, sebab takut kesan pada buah pinggang. JIka gout jadi semakin serius
datang ke klinik, kena makan ubat setiap hari.
Abu Razeen
Kemerosotan pada kualiti kesihatan adalah lumrah. Perlu ditangani dengan bijak. Mungkin tidak dapat memberhentikan proses kemerosotan tetapi sekurang-kurangnya memperlahankan proses tersebut adalah satu kejayaan