Sunday, September 19, 2021

PEMERIKSAAN KESIHATAN 19 SEPT 2021

Oleh kerana gout yang berterusan Dr Klinik Alam Syifak nasihatkan buat pemeriksaan penuh kesihatan di Klinik. Periksa sama ada buah pinggang boleh menerima ubat gout dalam bentuk pil yang akan dimakan setiap hari secara berterusan sampai bila-bila. Pengambilan pil yang berterusan akan merosakkan buah pinggang untuk jangka masa yang panjang. Klinik Kesihatan paling dekat adalah Taman Universiti.

Diagnos KK Taman Universiti pada 19/09/2021

1. Asid Urik memang tinggi dan memang kena jaga makan. Indikasi teruk bagi penyakit gout apabila diserang sakit lebih dari 5 kali setahun. Jika sekali serangan dan kemudian belum sembuh sepenuhnya diserang lagi. Ini dianggap sebagai sekali serangan.

2. Buah pinggang dalam fasa dua. Dr punya fasa 1. Dia ada lima fasa, fasa yang ke lima kena cuci buah pinggang. Oleh sebab itu jika makan ubat pil. Akan menambahkan kesan kepada buah pinggang dengan lebih cepat. Mungkin akan sampai fasa 5 dalam tempoh 10 tahun. Oleh itu jaga buah pinggang dengan elok sebab dia boleh recover balik jika betul dengan pemakanan.

3. Darah agak tinggi sebab hari ini cek BP 146/95. Berat 76 dan tinggi 161cm. Walaupun cek dekat rumah pakai mesin sendiri nampak macam stabil. Mungkin sebab datang klinik sebab tu darah boleh naik.

4. Dinasihatkan buat pemeriksaan setahun sekali. Sila datang klinik buat pemeriksaan jika BP darah di rumah mencapai 140/90 atau serangan gout yang teruk.

5.. Pilih nak makan ubat atau tak nak?. Kalau boleh tak nak makan ubat, sebab takut kesan pada buah pinggang. JIka gout jadi semakin serius datang ke klinik, kena makan ubat setiap hari.

Abu Razeen

Kemerosotan pada kualiti kesihatan adalah lumrah. Perlu ditangani dengan bijak. Mungkin tidak dapat memberhentikan proses kemerosotan tetapi sekurang-kurangnya memperlahankan proses tersebut adalah satu kejayaan


No comments: