Hari Raya ke empat (05/05/2022) tema berbaju warna merah
Ni bergambar semasa beraya rumah cik Yut BFF nenek jiran belakang rumah, terpesona dengan seti baru berwarna merah. Rasa nak beli lah.
Beginilah suasana beraya sekitar rumah Nenek Normah, berjalan kaki kerumah jiran semestinya
Anak dara bergaya dengan baju Outfit Of the Day (OOD) pemberian Mak Cik Hamidah Teluk Intan, mula bagi kat Cikgu Tipah berakhir jadi baju raya Hannan.
Oleh sebab Mak Normah tak larat nak daki bukit, aktiviti ziarah mak kena naik kereta lilik, tu yang biru kereta King.
Husna Humaira sebelum merajuk
Masa ni una dah merajuk, ntah apa la yang tak kena.
Jalan beramai ramai macam ni memang menyeronokkan cuma panas sikit kena tahan aja la
Tidak kelihatan adalah Mak Uda, sebab dia dah mula beraya di rumah mertuanya Wak Dayun Kampung Sawah Pekan Nenas.
Bergaya dengan kurta separa beli di Taiping dengan harga RM50.00, ok sangat cotton, tengkuk luas dan selesa. Terima kasih cikgu tipah tolong pilihkan.
bergaya di rumah Cik Yut
Ni lah kerjenya beratur ambil gambar, terima kasih untuk kamera iPhone yang sangat cemerlang mengambil gambar kepunya Mak Cik Petir.
Abu Razeen
Semoga kunjung mengunjung
dikekalkan sampai anak cucu
No comments:
Post a Comment