Monday, January 4, 2010

Edo First Day School

3/1/2010 hari pertama sekolah, di SK Kangkar Pulai, JB, Redo kena himpun ramai-ramai untuk suaikenal, harap dia gunakan social skill dia dengan baik. Perhimpunan sebelum dibahagikan kelas, redo yang menungkat dagu... janganla boring anakku, kelas belum lagi bermula
Must fight to be the best, penentuan kelas akan dinilai dalam tempoh 3 mingggu , so be good me boy, let us proud of you, ayah hanya dapat tunggu sampai pukul 2.00 ajeem sampai terlentok sandar kat dinding (boring.. tu la sapa suruh ikut), lagipun cikgu cikgu macam suruh parent balik ajer


ni masa kat sekolah (tadika) si razeen, abangnya grad kat sini dulu.. poyo je muka si razeen
di ni slamber sikit, kalau orang tak kenal cakap muka sombong




Rifki tinggal seorang kat rumah waktu pagi, jenuh la ummi melayan... petang pi rumah kak ida, abang ajeem pulak layan, ayah remote control je dari jauh ...huhu

Friday, December 18, 2009

YEV! Year end vacation yeaha

Pra: Mula-mula tahun ni rancang nak bercuti ke Langkawi tapi bajet ciput terpaksa la pi yang dekat-dekat. Kebetulan dapat undangan ke Bengkel Pemantapan Khutbah JAWI di Bayu Beach Resort 15-17 Dis bawalah budak-budak tu sekali, tapi redho brothers duduk kat corus paradise. Ni gambarnya.




Kami duduk kat corus paradise apartment sewa, sesiapapun boleh sewa. Muslim only! (promote). Sea view, dua bilik, 3+1 katil, astro, dvd player, induction cooker, microwave, peti ais, gula, garam hampir semua disediakan.. Access kolam mandi, mandi laut dan macam-macam lagi. Booking ? call aburazeen atau leave a message in chatbox.


Aktiviti cuti sekolah tak banyak yang grand-grand tapi setakat seronok budak-budak tu adalah, yang lain-lain antaranya pi pasar stadium 6/12/2009. Oleh kerana Rifqi bertambah semangat maka terpaksalah masuk troli .. tapi troli kat stadium tak le sehensem troli kat giant.. sori ye kiki ; )


Budak-budak ni diajar tengok ibadah korban 28/11/2009, kali ni turn sungai relong, special tahun ni 7 kerbau 1 lembu, Alhamdulillah tak takut pun budak-budak ni tengok haiwan disembelih, qeqh bila nak buat aaaaaa?


Entry kali ni dirangkum sekali dengan konvokesyen rasyid redha, untung ngko ye kecik-kecik dah konvo dapat bunga sekali, ok tq tadika Firdausi Kangkar Pulai, tahun depan si Razeen pulak ikut jejak Rasyid.


Satu lagi event redho bros. Pi kenduri kahwin Tok Lang Lan (orang kedah particular pasal pangkat saudara mara) Kg Paya, Baling + Kg Jana, Kemunting, special 14 pasang menikah kat Masjid Maimon 18/12/2009, ramainya Umat!. Anyway barakallahulakuma, wajamakuma fil khair semoga berbahagia ke akhir hayat.. Amen



Tuesday, November 17, 2009

16 November 2009 tarikh Hijrah Jabatan

Weeeh loh

Lama dah tak tulis, sedar-sedar dah tukar jabatan, mulai 16 November dah kena lapor diri ke Bahagian Pendakwaan JAWI. Gembira sedih bersilih ganti, apa yang gembira apa yang sedih tafsir la sendiri.. cuma catatan ni dibuat untuk reference date kalau kalau lupa bila start MASUK JAWI untung masuk jawi, kalau pi Negeri Sembilan MASUK SUKU!.


Few colleagues flown away, 2 kekal kat JAKESS, 2 masuk SUKU, sorang masuk MSWP semua jadi Yang Arif, saya je jadi Yang Bijaksana... harap-harap biarlah bijak amin. Pi reja naik komuter dengan Wadi eh! silap Yang Arif Tuan Wadi.. heheh tak buleh rapat-rapat nanti jadi kes Linggam pulak.

PS: 2002-2009 tujuh tahun terlalu pantas di JAKESS banyak lagi yang perlu dibuat,

Tuesday, September 8, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H



Assalamualaikum

Genap setahun blog myrazeen dicreatekan, walau tak semeriah mirror sitenya (www.aburazeen.blogspot.com) tapi ia penting untuk data pribadi abu razeen, dan dasar memasyarakatkan keluarga razeen.

Untuk raya tahun ni (sebagai rekod) giliran Johor so routenya lebih kurang begini

Kluang - Batu Pahat - Pontian - Kota Tinggi - Mersing - JB . Sayugia diingatkan tahap minima rumah yang diziarah adalah 1 buah bagi setiap daerah dan minimum up to 4 ke 5 rumah.

Ijmak diputuskan tahun ni balik 1 kampung aje, sebabnya tak dapat bonus, jimat cermat bawak berkat, mana tahan weiii ongkosnya campur minyak campur tol campur duit raya bebudak...

Ahli keluarga kami bertambah tahun ini, itu yang buat ummi dia time berbuka kena buat kubu bagi mengelakkan si kiki datang join berbuka, kalau tidak kecah jadinya. Raya kali ini hanya sederhana sahaja kerana bonus tara laaa. Tunggakan pun belum masuk, tapi bab ziarah menziarahi tetap wujud. Jadi untuk yang menerima kunjungan kami siap sedialah dengan tiga sampul kepada ahlil redha bertiga ni:

Yang sulung Mohamad Rasyid Redha @ redho, masih tadika tahun depan masuk satu, sedikit kememe, dah tanya bila boleh kahwin, sehingga greeting ini ditulis belum pernah buka/batal puasa dengan sengaja sebab mak dia janji nak kasi RM30.00 jika puasa sebulan. Mudah teruja dan very sensitif. Makanan berbuka suka mencuba macam-macam tapi kalau nasi yang ada kaler cth: nasi ayam, nasi beriani, nasi hujan panas ..sehingga menjilat kaki.
Yang kedua Mohamad Razeen Redho @ jijim, yang ni kelakar banyak buat lawak tapi senang diusik, suka bermain dengan adik rifqi, tidak mahu pakai gelaran angah, dia nak dipanggil along, kuat imaginasi, champion jigsaw puzzle, lepasan degree sekolah ultraman dengan cikgu kegemaran Faizal Tahir. Suka kerobek laptop pastikan laptop anda telah ditapis sebelum di browse oleh hacker termuda ini. Walaupun puasa yang yok tapi berbuka mengalahkan orang berpuasa, menu wajib tiap kali berbuka karipap dan donat, biskut idaman semasa lebaran donat dan karipap... bosan warrrrrrrgh, takde kuih lain ker! satu lagi lupa drumstick pun dia suka jugak.

Ahli terbaru Redha Bros Mohamad Rifqi Redha @ kiki, hari raya 1430H merupakan debute buat kiki, masa aktif time berbuka puasa, macam ulat beluncas kata umminya. sekarang guna 4WD jadi dinasihatkan kuih raya dan cawan sirap tidak diletakkan atas lantai, duit raya boleh diletakkan dalam sampul water resistance sebab semua bende yang diberi akan di mark dengan dimasukkan ke dalam mulut. lencun weeh. Senang dikesan semasa makan ubat, allergic ubat you, siap kena pegang kaki tangan, jerit dia satu blok boleh dengar.


Ok. ucapan hari raya tahun ni tambah sorang lagi, dimulakan dari:

Mohamad Ridzuan Zainudin a.k.a Abu Razeen
Latifah Sukiman
Mohamad Rasyid Redha
Mohamad Razeen Redha
dan
Mohamad Rifqi Redha

mengucapkan selamat hariraya Aidilfitri 1430H, maaf zahir batin halal makan dan minum untuk semua pengunjung blog myrazeen, khususnya sedara mara sahabat handai termasuk musuh pelbagai. sebarkan ukhuwah, kukuhkan thabat, depani cabaran, banyak-banyak baca buku, makan-makan baca bismilah ingatlah kengkawan.

Taqabbalallahuminna waminkum.