1. Sekian lama tiada sambutan harijadi buat kat rumah, sementelah family Kluang datang bertandang maka disekalikan kenduri (ikan bakar je) anak beranak sukiman. Yang diraikan isteri terchenta walaupun besdaynya 5 hari lagi (22/4) tapi ianya diadvancekan sebagai menghargai penat lelah jerih menjaga suami dan anak-anak setelah ditakdirkan PJJ selama 4 tahun.
2. Tapi sebelum tu nak cerita dulu pasal ahli keluarga terbaru aburazeen. Asal Jepun piston ada dua ekzos pun dua, register Singapura (multi-nasional dia nih), marhaban ya Honda Steed. Akhirnya tercapai jua impian untuk memiliki kuda bertanda yang baik dan berkuasa. Bukan apa boleh bawa pi surau... niat mau baek cikkk.
3. Kiki paling suka walaupun hanya berkesempatan posing sorang-sorang atas Steed, yang lain semua dah mrassa. Oleh sebab piston dia gedabak jadi tak sesuai letak budak belakang tangki, nanti kakinya kena panas, nanti suruh ummi dia buat pelana khusus untuk kiki.. sabo ye kiki.
4. Kepada sesiapa yang belum pernah terperangkap dalam jem di jalan skudai - jalan tun razak JB, pasti tidak mengetahui betapa sakitnya mata dan telinga apabila motor-motor besar ni bedezup di celahan kereta menuju syonan-to. gua tebakar beb. (cakap kena macam mamat harley)
5. Akhirnya dikumpul-kumpul duit mengetatkan perut, dimurahkan Allah rezeki kami lalu dibeli seekur kuda besi (18/4/2010), petang-petang bawa la anak-anak berjalan. lepas ni join konvoi ka kembara ka... dulu Kembara Mahkota, la ni dah jadi Sultan, tak tahulah nak buat lagi ke tidak, kotidak boleh join. Tapi Tuanku pakai moto rhimau, takutlah!. err ustazah latipah tamau membonceng ke?
6. Kepada isteriku, terima kasih kerana tabah membesarkan anak-anak yang makin banyak karenah, juga sabar dengan suami yang semakin membesar dan lambat matang. Kalau ada rezeki biar ada mujahideen dan mujahidah dari darah kita yang akan mendoakan kita kelak.
7. Sungguhpun tidak dirayakan di McD atau KFC namun tiada perasaan yang lebih riang melainkan keraian bersama insan-insan tersayang dan kehangatan rumah sendiri (sewa). Oleh sebab hangat kiki kena buang baju sebab badan bergetah, tapi sebuk nak palit kek kat jari, so kena kepunglah dulu sebelum potong kek
8. Kiki suka dengan atuknya, sebab atuknya melayan. Sebenarnya yang membezakan kiki dengan redo dan ajeem adalah sifat keberaniannya. Dia boleh approach sesiapapun tanpa bimbang, tapi yang bimbang sebenarnya mak bapak dialah takutnya orang lain ambil kesempatan. Berani sangat pun salah.
p/s: nanti turn ayah, kalau boleh nak cheese cake ye, geram je nengok masa nak beli kek haritu.
8. Kiki suka dengan atuknya, sebab atuknya melayan. Sebenarnya yang membezakan kiki dengan redo dan ajeem adalah sifat keberaniannya. Dia boleh approach sesiapapun tanpa bimbang, tapi yang bimbang sebenarnya mak bapak dialah takutnya orang lain ambil kesempatan. Berani sangat pun salah.
9. Buat masa ni itulah cerita keluarga abu razeen, penulisan artikel masih belum dimulakan, nanti job, fine tuning masih belum selesai, InsyaAllah selepas sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk jobscope di JBG Johor kita akan jumpa dalam ruang aburazeen.blogspot pula.
p/s: nanti turn ayah, kalau boleh nak cheese cake ye, geram je nengok masa nak beli kek haritu.
4 comments:
hehehe..kelakarlah post kali ni.
1.Tahniah dapat kuda baru, berapa duit tu?macam harley davidson.
2. Hepi bday sis Latifah.
3."Kiki seronoknya dapat motor baru" kiki ke ayahnya? :)
4. Ustazah Latifah kalau nak membonceng kena tukar imej lah pulak, pakai jeans, jacket, boot..ayoyo..ada brani kaa :))
1. terima kasih, takle mahal bebeno, tapi cukupla untuk melepaskan geram.
2. thanks on behalf
3. ekspresi kiki adalah implementasi ayahnya, kalau ayahnya buat begitu nanti orang cakap dah tak betul ke..
4. Tak perlu tukar imej, setakat ni dah abis pujuk tapi dia masih belum mahu bonceng, tunggu lama sikit neves kot.
selalunya baca je blog ni, tapi sebab rasa best ngan post kali ni teruja nak komen huhuhhu ...mana taknye bila baca kejap2 rasa cam mood romantik je, pstu rasa mood kebapaan, paling tak tahan mood mat motor tu..kih kih kih bila jem hari panas memang la berasap telinga dgr deruman kuda-kuda besi di jalanan tu... tapi bila hujan kita tgk muka seseorang tu resah je.... hihihihi jgn marah ye... ni dari observasi kita la.... nnt nak pinjam erk kuda besi tu.... hihihihihi
Tak sempat kenal lagi ngan ustazah latifah..apapun hepi belated besday....
dan semoga kebahagian berpanjangan amin...
terimakasih noorul, teruskan menyokong penulisan gaya kreatif, sesuai untuk melampias tension dan juga pemecah kebosanan.. kenapa blog noorul ... macam ada bunyi cengkerik ajee
Post a Comment