UZLAH
1. Sekian lama ber’uzlah’ sepanjang ramadhan dan syawal, hari ni baru sempat masukkan entry, terlalu banyak yang terlepas untuk dikongsikan, tapi ambik yang terkini dan penting-penting aje.
2. Tahun ni giliran kami berhariraya di Taiping, theme color ‘maroon’, terima kasih kepada umminya yang bersusah payah menyiapkan baju budak-budak last minute, untungnya dapat isteri yang pandai menjahit ...Alhamdulillah ;).
KUKOQ NYIOQ
3. Sebelum ke aktiviti raya, aktiviti pra raya dipenuhi dengan program menyebukkan budak-budak dengan kerja berfaedah, daripada memekak dan menyepahkan rumah tokwan ataupun membuta. Antara yang dikerah adalah mengukur kelapa atau dikenali diutara sebagai kukoq nyioq. Yang mula-mula ini sebagai ingredient untuk ketupat daun palas.
4. Selepas itu, kerahan tenaga ditumpukan untuk memasukkan beras dalam ketupat bawang, kami di taiping sebelum ni jarang-jarang dapat makan ketupat bawang, mak saya hanya buat nasi himpit yang betul-betul dihimpit dengan lesung batu sehingga mampat (sebelum diperkenalkan nasi hipit dalam plastik). Sehingga datang tipah dalam keluarga kami, kami diperkenalkan dengan ketupat bawang yang sehingga kini hanya tipah aje tau membalutnya. Kami tukang makan ajer dan mak tak perlu lagi menghimpit nasi dengan batu lesung.
5. Kemudian, aktiviti menunggu kayu api jangan sampai padam untuk masak ketupat, budak-budak dikerah sampai bau hangit seko-seko, rasanya masa nilah si ajeem kena tungau. Hahahah kenangan terindah bersama tungau @ sengkenit di lokasi ...tut .tuttt, ajeem kena ingat sampai bila-bila. Nasib baik tak kena sunat terus.
5. Kemudian kukoq nyoq lagi ... ha hah rasakan kau budak, balik kampung kena dera, bukan semua budak pandai buat kukoq nyioq, ni kalau masuk pertandingan buleh menang kot.. baik-baik jangan sampai tersagat anunya udah!.
HARIRAYA
6. Akhirnya hari yang ditunggu kanak-kanak tiba, ramadhan pergi ditangisi oleh ahlul ibad, entahkan bertemu lagi pada tahun hadapan wallahu aklam, gambar keluarga pada tahun ni slack sikit pasal ayah dah lupa mana self timer dalam kamera digital dia, so gambar belakang tu bukan camera trick, tu pasal lari nak ambil kedudukan tapi tak sempat kamera dah click dulu.. tapi tak kisahlah...
7. Aktiviti wajib memohon ampun dan maaf antara ibu bapa, anak menantu dan cucu-cucu.. dan zakat/cukai budak sudah semestinya... err kiki ambik dulu nanti ayah simpankan dalam poket hu hu!
8. Selepas itu, ziarah jiran-jiran.. yang excitednya razeen redho dan kiki, tengoklah gaya si razeen tu kemain semangat lagi mengutip duit raya, ni baru balik dari rumah cik biah jiran mak di sungai relung. Masa ni dah kena tungau tapi gembira punya pasal lupa kejab anunya dah bengkak.
9. Seperti lazim kami akan balik ke Kedah, oleh sebab kampung mak di Baling dah takde tok dan tokwan jadi kami balik ke Pendang untuk ziarah tok dan sedara mara sebelah ayah. Istimewanya di Pendang, kami masih ada tanah sawah yang masih aktif dikerjakan, sempat la kami posing kejab, masa ni sawah telahpun dituai.. edo dengan gaya matrix dan ajeem gaya otromen mengelirukan pihak lawan.
10. Sempat juga bergambar sekeluarga, walau tak semua ada dikampung. Dalam gambar, mak ayah (tok) dan mak menakan, serta sepupu sepapat yang ada. Paksu beraya di rumah mentua kat Tanjung Piandang
11. Kemudian kami beraya di Kuala Pegang, Daerah Baling, ini keluarga Mak wan, ini pun tak semua yang ada, dari tok nek, tok serta sepupu sepapat.
POST RAYA
12. Selepas beraya dikampung kami balik Taiping, anti klimaks raya tahun ni berkelah di Lake Garden, Tipah buat masak lemak udang nenas dengan ikan bakar cicah ayak asam. Tanpa diduga seperiuk licin sekali mengadap, lama dah tak berkelah... syedapp
13. Selepas kudapan, aktiviti bergambar di mercutanda lake garden yang tak ramai orang tahu, tempat biawak kena sumpah jadi batu
14. Kasihan Ajeem kena gigit kakinya... disaksikan bersahaja oleh kiki dibucu bawah kiri gambar
15. Tok dan tokwan nak bergambar juga, kenangan terindah di lake garden taiping bersama cucu-cucu terjal..
16. Papan lungsur ini pernah menggembirakan beribu budak-budak dari tahun 1975, salah seorangnya termasuklah saya.. dan kini tanpa lesu menggembirakan anak-anak ku, berjasa benarlah orang yang membina gelungsur ini.
17. Bergambar dianjung sore taman tok dan tokwan depan rumah, baru di dekorate pagi tadi, nanti petang-petang boleh lepak disini makan-makan sembang-sembang, nantilah balik kampunglah lagi... tunggu.
18. Akhir sekali redha brothers (sekali ayah dan umminye) memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa tersalahkata dan diakhiri dengan ucapan selamat hariraya taqabbalallahuminna waminkum, semoga kita dapat bertemu lagi dengan ramadhan yang dirindui tahun hadapan
byeeee
2 comments:
macam biasa.. kelakar.. :)
terima kasih
Post a Comment