Tuesday, October 12, 2010

Resepi Peruk Tauhu


gambar hiasan takde kene walau satu hun dengan resepi dibawah

Oleh kerana permintaan ramai, terutamanya yang dah pernah merasa peruk tauhu ni (sapa la cipta nama bende alah ni, ye pun kasi nama best sikit, puding longan ke) maka dengan ini disanadkan resepi peruk tauhu, pengerasnya kalau dah buat kene bagi kat pemberi resepi rasa semangkuk, kalau kene rasanya maka bolehlah ia diijazahkan pada orang lain pula.



Peruk Tauhu

Bahan
20 gm agar-agar
1 peket agar-agar serbuk tanpa perasa
600 gm gula halus
7 cawan santan
1 tin susu cair
½ tin susu pekat
2 tin buah longan

Cara

Masak agar-agar bersama 6 cawan air
Masuk agar-agar serbuk, gula halus, santan, susu cair dan susu pekat,
Masak sampai mendidih.
Jangan terlalu lama. Pastikan tidak berbuih-buih
Sejuk diloyang dan potong kecil-kecil. Hidangkan bersama buah longan dalam tin.



sebarang masalah buleh feedback balik dalam comment ni, atau carilah tipah a.k.a ummurazeen untuk perkongsian pintar, abu razeen tukang rasa aje, kiki, jijim dan edo tukang sebok.




p/s: kiki nak juga, letih balik kerje nih

8 comments:

Najaa said...
This comment has been removed by the author.
Najaa said...

thanks ustaz n kak tipah .. :)
tetibe x sabar nak buat peruk tauhu.. nyum3...

abu razeen said...

ilmu kalau tak diamalkan akan hilang, jadi kena la dipraktiskan dan lepas tu jamu kawan-kawan makan, test dulu buat kat rumah

Najaa said...

akhirnya pada 17.10.2010 sy telah berjaya membuat peruk tauhu.. hurayyy.. :)

pada 18.10.2010, semangat bawak ke office utk bg kawan2 rase, n expcially nak bg kat tuan punye resepi sebagai bayaran pengeras, tp xde, jdnyer sedekah kan je lah kat kwn2 yer,.. hiihihi..

abu razeen said...

sebenarnya merasa juga PT, sebab balik ofis nak sediakan dokumen untuk besok. ok dah buat dan merasa pengerasnya... jadi bila boleh kasi resepi cheesecake

Najaa said...

waa.... pasni sy nak merasa chees cake ustaz, ehhh... salah.. chees cake kak tipah pulak lah.. hehe...

Najaa said...

http://www.blogresipi.com/2010/01/27/kek-tiramisu/

abu razeen said...

saya dah tahu... cheese cake akan jadi sedap setelah ia disejukkan, dan tak rasa telur lagi.. ok projek seterusnya kek tiramisu... boleh ke?