Tuesday, October 12, 2010

O my Darling!


1. Ahad 101010, Edo dan Jijim ke Melaka, Kiki masuk keluar masuk keluar rumah, harini memang set nak bermanja dengan biwi no.2. steed terchenta..... tipah kasi rehat, nanti dia nak berjuang untuk baby keempat kami InsyaALlah before end of this month. Doakan semuanya selamat.

2. Road tax mampos 15hb ni, tapi syukurlah insurance ada lagi setengah tahun tak payah kena inspection kat Singapore, susah juga pakai moto birth certificate negara jiran nih. Tapi apa nak buat itu je yang mampu. 15hb Jun 2011 siap insuran dengan roadtax lagi... parai aku.


3. Steed tak memerlukan penjagaan sangat, sebab brand honda mestilah tahan ye tak, honda tujuh kupang zaman tok nenek lagipun boleh lenjan inikan pulak 400cc. Lagipun niat nak pakai motor ni nak cepat dan senang pergi surau solat berjemaah, sekali sekala bawak pi kerja kalau terbangun lambat, pergi berdakwah, dakwahkan mat moto. Jalan di Johor ni tak banyak alternative, so motor adalah solusi terbaik nak menyeberang jalan skudai ke pusat bandar JB.


4. Bahan cuci dan rawat bini yang ni banyak jenis juga dari wax tayar sampailah autosol enjin, tu belum kira leather kiwi lagi, mau tiga hari baru complete all rounder cuci hamba Allah ni. Konon-konon zaman dulu macam jaga kuda jugalah ataupun unta mesti kena bagi makan cuci minyakkan body, syampoo anti kutu, Nanti bawa berjuang takdelah buat ragam.


5. Saya kalau bersiar-siar dengan steed kat sini suka melaram kat jalan antara Taman Pulai Indah dan Pekan Nenas jalan situ sunyi dan mendamaikan, siap ada tasik (Pulai water reservation) yang indah lagi, pada masa tu saya akan terbayang lagu Alhamdulillah dendangan Maher Zain, sambil bersyukur nikmat Allah dan menghayati lagu yang sedap... bersama biwi no.2.. tipah jangan maraaaa.



Opps kiki follow belakang buleh!.. oklah tunggu besar sikit lagi ;)

1 comment:

puteri said...

perghhh..... mmg bergaya tuan dengan biwi no 2 tuh.... silap2 pandang mcm org bujang! kantoi.. hahaha..... ;)