Monday, September 5, 2011

Off Raya Aildilfitri 1432H, dodol dan monjong

Pra: ribuan ampun dan maaf kepada semua yang telah menghantar sms raya (penganti kad raya) sesungguhnya bukan niat tamau balas tapi, selalu tiap tahun blog raya siap awal tahun ni due to lack of internet access kat kluang dan taiping maka blog hanya dapat disiapkan selepas raya. so ampun dan maaf tu dah masuk dalam maaf bermaafan di hari raya.
1. Tahun ni beraya di Kluang specific lagi Felda Kahang Timur, mak mentua banjar, pak mentua jawa jadi dapatlah saya makan makanan tradisi banjar dan jawa semasa hari raya, yang pastinya kedua-duanya kaya dengan adat dan makanan yang boleh membuatkan saya obes. Kat atas abah tengah buat lepat, untuk orang utara lepat hanya untuk pisang dan ubi ajer, kat sini lepat pulut adalah tradisi orang banjar, rugi rasanya tak belajar.

2. Kat sini spirit of workmanship tinggi, tak hairan sebab adik beradik ramai dan semuanya turun padang, so lemang ketupat kuah lodeh, rendang segala macam semua dapat disiapkan sebelum petang kecuali satu ..dodol !

3. Pakcik trauma betul dengan bende alah ni .. makan memang suka la tapi nak mengacaunya tuh! Ni kali kedua masak dodol sejak kawin dengan tipah, dulu dah serik rasanya tapi mak mentua tak serik lagi, so sebagai menantu yang patuh lagi taat kenala sami'na wa ata'na. bercinta lagilah nampaknya depan kuali dodol tahun ni... mula-mula kena parut kelapa. tahun ni enam puluh biji . . . bercinta pulak depan mesin kelape

4. Dah diperah terus masuk kuali, semua kalau boleh dibuat pada hari yang sama, kalau santan simpan lama-lama tak best kata orang. Tu makcik tipah yang mengacau sbelah tangan masa dodol masih dalam formasi santan, sambil mendokong hannan cikgu tipah berkata ... "look! one hand".

5. Mujur ada Hannan yang mengubat penat lelah ayah berperang dengan dodol, hannan memang manja orangnya dia suka main jambang ayah, bulan ramadhaan ni rasa dekat dengan Rasul, ikut sunnah simpan janggut salam segenggam, moga dapat pahala sunnah. Tapi doty cakap AR macam wolverine (dlm x-man la tu) .... walahuaklam.

6. Nenek/ibu mertuaku selaku pengarah projek turut turun padang memberi arahan kepada juak-juak supaya pantas membuat kerja. Selalunya untuk blok mak yang terawal buat hantar 'monjong*' AR berehat buat masa ni sebab santan baru dituang dalam kuali, masih awal untuk mengerah kederat. main-main dengan hannan dulu.
* hantar makanan sebelum hari raya

7. Oleh sebab mak gengnya ramai jadi terpaksalah dibuat banyak, itu yang kadang bila monjong dibalas meja tak cukup untuk disimpan lauk pauk orang bagi, memandangkan harini last puasa maka juadah berbuka terdiri dari ketupat lontong masak lodeh warna kuning putih pun ada, masa inilah keperlbagaian masakan boleh didapati.

8. Dah jadi routine, AR ditugaskan untuk hantar monjong, tengoklah sampai penuh kereta, dari felda kahang timur sampaila felda ulu dengar, .... selain ditugaskan AR suka boleh lari dari kacau dodol buat sementara waktu. Selalu lily yang jadi pathfinder sebab jalan kat Felda ni memang macam labyrinth!.

9. Tahun ni monjong delivery di associate dengan kiki dan his lovely cousin azira. Deorang ni kawan baik tapi selalu gaduh, sweet couple, comel kan?
10. Sementara itu, dodol dikacau pula oleh 2 youngblood, edo dan jijim... macam kuat, sementara masih dalam bentuk santan boleh la korang. hek elee.!

11. agak dah lama sikit dodol mula dah jadi liat selepas dicampur gula merah dan lain-lain ingredient, tak sempat nak study... kali ni istimewa sikit sebab campur durian. Tapi yang pakcik paling tak tahan asap kayu api ni lah.. lain kali nak beli googlelah senang sikit. azab wooo mata kena asap pedeh maa!

12. Jadi untuk mengelakkan asap melampau, kipas letrik boleh digunakan, masa ni masih lagi cair jadi tugas mengayuh agak senang dan kurang mencabar....

13 kerja menggodak (mengacau) dodol mengambil masa yang lama untuk versi 2011 mula jam 4 petang tamat jam 10.45 malam, mujur tenaga kerja ada sampai 5 orang kredit untuk abah (pengarah projek dodol) iwan (pelaras kayu api) angah (tulang besi urat dawai) dan pak uda (juru kemudi) dan semua tenagawati yang tak sempat disebut namanya disini. (AR tukang sebuk ajer).

14. dodol dikacau sekira-kira melekat ia di kayu pengacau, tapi sebenarnya penentuan lengkapnya masak dodol ini ditentukan oleh pengarah projek. setelah kuali diangkat dodol dipisah-pisahkan kedalam dulang yang dilapik dengan daun pisang, ini untuk mengelakkan fungsi chewing gum dodol dari melekat-lekat kat tempat yang tak patut.

15. Esoknya hari raya. Tahun ni tahun pertama hannan beraya, siap ada pakai anak tudung lagi, moga lepas ni bertudung terus ya, ni baju kurung pertama hannan jadi tengkuknya belum budget sempurna lagi ...tu pasal seksi sikit.

16. Itinery wajib, salam bermaaf maafan, "aku njalok ngapuro seng ake ake, halalkan mangan ngombeke" .."podo-podo". eksen je.

17. Raya tahun ni serba biru, oleh sebab kami yang tua jadi birunya gelap skit, budak-budak kat depan tu macam pahlawan cangkul pun ada macam penari zapin pun ada, pahlawan duit raya kot.. semangat nampak.

18. Bergaya di jalan masuk rumah abah, bila nak tambah anak lagi nih. nampak tak anak-anak semua muka tak serupa, perangai pun tak serupa

19. Pemungut cukai duit raya dengan banggenye, tu kat poket masing-masing dah dapat duit pendahuluan dari atok dan nenek, lepas ni rumah jiran miran pulak kat kampung. tahun depan tambah lagi hannan, azira dan eyin...

19.1 Turut tidak ketinggalan anak dara dan mak dara, berposing sakan.. tak apelah bagi can karang dah bergusti dengan anak tudung melekat biskut budak dahh tak boleh nak bergaya. dari ALong, Mak Uda, Mak Ngah, Mira dan Lily.

20. hariraya rumah arwah nenek sebelah tipah, sekarang dihuni oleh cik noi dan keluarga, rumah wajib lawat lokasi parit lapis Mahang, Batu Pahat.

21. Penat berjalan berziarah, selalunya yang lanang solat kat masjid, tahun ni sempat bergaya, nak jumpa sama-sama pakai baju melayu dua tahun lagi beb, abah wirid panjang kat dalam mesjid, kitorang tunggu kat luar.

22. Ni pun wajib lawat juga kat tanah perkuburan dimana bersemadinya arwah nenek dan cucu-cucunya yang pergi dahulu meninggalkan kami.

23. Untuk nampak sedondon, payung kena warna biru juga, semoga roh Almarhum/mah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan kekasihNya, besok-besok kalau mak dan ayah takde lagi anak-anak kenalah selalu doa, tak semestinya datang kubur baru nak doa tau!

24. Anak-anak kena diajar mengingati mati, mendoakan orang yang dah mati, sebab doa anak antara tiga doa yang berpanjangan walaupun orangnya dah mati. selain dari tu, Ilmu yang bermenafaat dan sedoqah jariah. Amin.
25. Kiki dan Azira begitu gembira beraya kat rumah saudara mara, kiki seronok tak hingat jumpa tingkap kampung macam tu.

26. Anak-anak kena diajar berjalan berziarah eratkan silaturahim, tidaklah duduk rumah layan tv tengok artis ajer kenalnya, adik beradik tak tahu langsung. Disamping itu menambah pelaburan engkorang juga hahahahah.
27. Masa nilah nak mengeratkan hubungan ipar duai disamping merasa kuih eksotik orang kampung. AR bersama angah lebih senang makan kat tangga sebab angin baeek punya kat situ, kemudian tak perlu bersila. tengok tu sambil buat peace. perut dah macam belon dah tu tadi bedal nasi kat rumah cik chuk.

28. Oklah. banyak juga entry kali ni, lepas beraya kat Kluang, destinasi wajib lawat adalah Taiping, tok dan tokwan, kesempatan diambil dengan membawa mak dan ayah ke hospital tampin untuk ziarah tok ndak Ibrahim yang sakit. Lepas tu mak dan ayah beraya pula ke Johor Bahru. Baru pulang ke Taiping pada 6hb September 2011, dah selamat sampai pun. Alhamdulillah.

post: Akhir kata Abu Razeen @ Mohamad Ridzuan bin Zainudin, Latifah binti Sukiman, Mohamad Rasyid Redha, Mohamad Razen Redha, Mohamad Rifqi Redha dan Hannan Humaira mengucapkan selamat Hari raya Aidilfitri kepada semua insan, maaf zahir batin, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Maaf Zahir Batin

Monday, June 13, 2011

A DAY AT MUSEUM (ROAD TO LANGKAWI)

1. Sebelum berangkat ke Langkawi (Year Feast) rombongan nenek transit kat Taiping, hannan dan keluarga pergi ke muzium tepen (Taiping) kat atas kiki, nenek, dan tengkorak gajah eksiden dengan keretapi. ayah cakap dia banyak belajar sejarah masa sekolah rendah kat sini dulu-dulu, dia suka masuk sebab free!

2. Semua excited, termasuk ummi walaupun rasanya dah lebih sekali dia masuk muzeum ni, hannan steady jerk!


3. Everybody in good mood, ok la tu lepas ni guna tenaga nak panjat gunung mat cincang pulak.


4. Dulu muzium ni tak friendly langsung, takleh kamera, takleh bising.. keadaan berubah, akhirnya kerajaan sedar, sejarah kena belajar dengan aktif bukan pasif macam dulu, ummi suka bebeno nampaknya ...paling kanan.


5. semua eksen, bergaya depan pelamin sebelum Iwan kawin lepas raya Aidilfitri ni, semua yang diatas adalah supervisor dan kuli masa kenduri kawin nanti, hannan ntah dimana. (semua kaum hawa first gen keluarga sukiman dan zainah.
6. Gambar dibelakang tiada kena mengena dengan manusia kat depannya, belakang tu melayu proto, depan melayu proton. cantik! hannan suke suke suke!
7. depan singgahsana kesultanan perak (dulu-dulu), ni yang ummi suka jalan bawa adik-adik, hannan ramai orang pegang, ummi boleh relek.
8. Hannan ummi dan ayah.
9. kiki pi la duduk tengah! semua nak duduk depan mana ummi nak duduk pulak!. Hannan tarik rambut kiki, suruh dia duduk tempat lain.. woitt jangan gaduh!

Saturday, June 11, 2011

Langkawi 3 Homestay Bukit Tangga, minyak gamat & Mahsuri

1. Jumpe lagi ...apa? cerita langkawi tak habis lagi.. OK. 75% masa hannan tour kat langkawi banyak dihabiskan dalam kerandut depan ayah.. most of the time tido ajer, suke tidor macam tu rasa kena buai. kroihhhh kroihhh!
2. Lapo lepas jalan-jalan, makan tidak dilupakan, hannan cukup suka hahaha! tambah kalau ummi suap mash potatoes.

3. Nenek asyik laaa nak beli minyak gamat, jadi hannan pun berentilah kat kedai minyak gamat yang banyak disepanjang jalan di Langkawi, harganya okkay, boleh beli banyak-banyak sedeqah kat kawan-kawan, berbagai brand ikutlah yang panas atau yang berangin...

4. Nenek terpengaruh dengan cerita kawan-kawannya untuk mencelup tangan dalam minyak gamat yang panas, tapi sayangnya takde yang tengah masak disitu ...takpelah yang sejuk pun jadilah ..janji celup kata nenek.

5. Pastu kami pergi ke rumah Mahsuri, kat situ ada perigi mahsuri, muzium peralatan zaman dolu-dolu dan perlbagai kebudayaan masyarakat kedah dipamerkan, bagus untuk pengetahuan dan ambil gambar.

6. Ada rumah kampung, kita boleh masuk, bagi yang sempat mempunyai rumah sebegini mungkin akan teringat masa kecik-kecik dulu.. tapi Hannan sedor-sedor dah takde rumah kayu. Sekurang-kurangnya masih dapat dilihat dan dikenang.

7. Ayah cakap dulu rumah arwah tok nek kat Kpg Titi Teduri Pulai Baling cenggitulah, tapi kini rumah tu dah takde orang duduk ..menunggu waktu untuk tersembam..anak cucu takde nak datang duduk. lantai di serambi sebelah dapur dibuat dari buluh dinamakan gelegar ... Hannan boleh dengar ajer, tapi tak faham sangat.

8. Ni homestay Haji Hamid kat Bukit Tangga ..ayah berpuashati dengan rumah ni, harga 3 hari 2 malam harganya RM500.00. Puashati kerana dalamnya ada 3 bilik siap air-cond tiap satu, ada peti ais, kelengkapan dapur masak tong gas, tv setakat kami yang pac 10+4+4 takde hal punya. kami suka sebab boleh masak sendiri basuh baju buat macam rumah sendiri.. kata hajah tinggai bawa beras dengan lauk saja.

9. Value added homestay ni adalah rare-view yang tak dapat kat tempat lain. rumahnya atas bukit jadi pemandangan luas saujana memandang, boleh dapat padi field, bukit bukau segala-galanya indah dan jauh dari hiruk pikuk orang ramai. Gambor ni ayah ambil selepas waktu subuh.

10. Homestay ini dikelilingi pokok-pokok buah menjadikan ianya sejuk dan dingin di malam hari, dicampur angin sepoi sepoi bahasa. Haji Hamid juga ada menyediakan kereta untuk sesiapa yang nak sewa kereta, ayah amek Avanza dan Vannette, harganya mungkin berubah-ubah tapi boleh hubungi Hj Hamid 0125229561, Roslan 0179295203. ..dalam rumah boleh tengok kat sini dan sini.


P/S. Pernah rasa buah Riang Dot? .. kat belakang rumah ni ada Pokok Riang Dot, rasanya masam kalernya kalau masak warna hitam. Tan Sri Sheikh Ghazali (AGC)pernah dalam muzakarah Ketua Hakim Syarie pernah sebut buah ni, katanya (...kalau dah cinta, kulit macam riang dot pun suka jugak)