1. Jumpe lagi ...apa? cerita langkawi tak habis lagi.. OK. 75% masa hannan tour kat langkawi banyak dihabiskan dalam kerandut depan ayah.. most of the time tido ajer, suke tidor macam tu rasa kena buai. kroihhhh kroihhh!
2. Lapo lepas jalan-jalan, makan tidak dilupakan, hannan cukup suka hahaha! tambah kalau ummi suap mash potatoes.
2. Lapo lepas jalan-jalan, makan tidak dilupakan, hannan cukup suka hahaha! tambah kalau ummi suap mash potatoes.
3. Nenek asyik laaa nak beli minyak gamat, jadi hannan pun berentilah kat kedai minyak gamat yang banyak disepanjang jalan di Langkawi, harganya okkay, boleh beli banyak-banyak sedeqah kat kawan-kawan, berbagai brand ikutlah yang panas atau yang berangin...
4. Nenek terpengaruh dengan cerita kawan-kawannya untuk mencelup tangan dalam minyak gamat yang panas, tapi sayangnya takde yang tengah masak disitu ...takpelah yang sejuk pun jadilah ..janji celup kata nenek.
5. Pastu kami pergi ke rumah Mahsuri, kat situ ada perigi mahsuri, muzium peralatan zaman dolu-dolu dan perlbagai kebudayaan masyarakat kedah dipamerkan, bagus untuk pengetahuan dan ambil gambar.
6. Ada rumah kampung, kita boleh masuk, bagi yang sempat mempunyai rumah sebegini mungkin akan teringat masa kecik-kecik dulu.. tapi Hannan sedor-sedor dah takde rumah kayu. Sekurang-kurangnya masih dapat dilihat dan dikenang.
7. Ayah cakap dulu rumah arwah tok nek kat Kpg Titi Teduri Pulai Baling cenggitulah, tapi kini rumah tu dah takde orang duduk ..menunggu waktu untuk tersembam..anak cucu takde nak datang duduk. lantai di serambi sebelah dapur dibuat dari buluh dinamakan gelegar ... Hannan boleh dengar ajer, tapi tak faham sangat.
8. Ni homestay Haji Hamid kat Bukit Tangga ..ayah berpuashati dengan rumah ni, harga 3 hari 2 malam harganya RM500.00. Puashati kerana dalamnya ada 3 bilik siap air-cond tiap satu, ada peti ais, kelengkapan dapur masak tong gas, tv setakat kami yang pac 10+4+4 takde hal punya. kami suka sebab boleh masak sendiri basuh baju buat macam rumah sendiri.. kata hajah tinggai bawa beras dengan lauk saja.
9. Value added homestay ni adalah rare-view yang tak dapat kat tempat lain. rumahnya atas bukit jadi pemandangan luas saujana memandang, boleh dapat padi field, bukit bukau segala-galanya indah dan jauh dari hiruk pikuk orang ramai. Gambor ni ayah ambil selepas waktu subuh.
10. Homestay ini dikelilingi pokok-pokok buah menjadikan ianya sejuk dan dingin di malam hari, dicampur angin sepoi sepoi bahasa. Haji Hamid juga ada menyediakan kereta untuk sesiapa yang nak sewa kereta, ayah amek Avanza dan Vannette, harganya mungkin berubah-ubah tapi boleh hubungi Hj Hamid 0125229561, Roslan 0179295203. ..dalam rumah boleh tengok kat sini dan sini.
P/S. Pernah rasa buah Riang Dot? .. kat belakang rumah ni ada Pokok Riang Dot, rasanya masam kalernya kalau masak warna hitam. Tan Sri Sheikh Ghazali (AGC)pernah dalam muzakarah Ketua Hakim Syarie pernah sebut buah ni, katanya (...kalau dah cinta, kulit macam riang dot pun suka jugak)
No comments:
Post a Comment