1. Masih kat boh tea plantation, pemandangan yang memukau tu yang buat hannan dan abang-abang giat berposing , terima kasih kepada teknologi kerana tidak membuat ayah buang duit beli kodak dan hantar cuci filem kat kedai foto. terbaiekkk!
2. Ayah banyak bergambar dengan Hannan, bosan jugak hannan jadinya, tapi kalau cakap kang dia tak mau dukung jenuh la ummi dukung dah la dia tak larat, so biarkan jelah, tu pasal muka hannan susah mau senyum ...3. Seelok-eloknya nak bergambar di lereng bukit, nak dapat feel naik pagi pagi kalau ada kabus lagi cantek, kami keluar 7.30 pagi sampai kat boh plantation 8.15, tapi takde kabus pown. Betul la ayah cakap global warming menyebabkan kawasan CH dah tak sejuk sangat dah. Mungkin pasal malam tadi tak hujan.
4. Ayah kata, kalau dia ada DSLR lagi santek gambarnya, ayah ni macam macam niat dia macam la duit banyak. kejab nak beli galaxy note ler, kejab nak beli starex ler, ni nak beli DSLR pulak ...asal jangan pecah tabung hannan sudah!.
5. pemandangan landai macam gini buat Hannan tertanya macam manalah tukang potong daun teh ni buat kerja pagi-pagi, tak sejuk ker? kalau hujan macam mana, takde jumpa binatang liar ker, tak de keceplos ke (java means jatuh). Berbanding dengan kerja ayah dan ummi, Hannan bersyukur dengan sumber rezeki yang kami ada Allah berikan. Usai melihat ladang yang tak jemu mata memandang, kami pi boh shop pulak.
6. Selain boleh menikmati minuman teh yang dah di inovasikan macam macam sekarang, kita juga boleh membeli berbagai produk boh kat sini, dan ada juga yang tidak dijual dipasaran Malaysia, sebab mutu yang tinggi dan kalau jual kat market pun orang Malaysia takkan beli... tok ada beli satu.7. DIa punya kedai agak purba sikit Hannan tengok macam bunker WWII ajer. tapi oklah tak pernah hannan tengok banyaknya jenis teh yang deorang buat, ye lah hannan minum susu ummi dan di supplement dengan dutch baby ajer kann. Minum teh awal awal ni nanti cepat datang penyakit pulak. ...nanti ayah jugak yang susah.
8. Sementara menanti lawatan ke dalam kilang teh boh, kami minum-minum dulu, semua minum teh kecuali hannan, rasa sikit aje, takut kembung perut. Apapun atas meja hannan take the rules!
9. Hannan tetap nak merasa teh jugak .. yang ni teh o ais limau yang masam tapi sedap ...nyeporr ajer hidung hannan tau ayah ambil gambar..
10. Dalam ramai-ramai adik beradik abang edo lah punya selera yang pelik-pelik, kalau order makan atau minum selalu minta yang bukan-bukan, last last dia yang tak lalu makan @ minum, dia kenapantang sea food sebab ada allergic, sekali datang allergic mata dia takleh buka, asyikla kena bubuh ubat ...kalau tak bubuh ubat nanti ayah marah.
11. 9.45 kami mula tour kilang buat teh boh, bau teh dia dalam 10 kaki dari kilang dah menusuk hidung hannan, apapun inilah pertama kali hannan masuk kilang teh dalam hidup. Tourist guide dia seorang meenachi yang sangat rapport. Sampai banyak juga mak berbelanja beli teh kat situ.
p/s akan datang jurnal CH 2 (last punya)
1 comment:
dah besar anak k tipah ya,sekejap je masa berlalu kan?
Post a Comment