1. Masih dekat bunker WWII, selepas tour kilang teh, kami sibuk nak balik, ummi kata nak borong sayur kat kea garden, sebelum tu kena la posing dulu, cuba nak elak turun bukit waktu petang kerana hujan akan menjadikan jalan licin ...oleh kerana ayah tak mampu beli 4WD jadi ..belasah ajelah avanza 2WD apa yang ada..
2. Rasanya ini kali pertama dan kali terakhir Hannan naik boh tea plantation oleh sebab tu kena lah posing kat landmark .. unless ada orang kemaruk nak datang sini lagi ... kena la naik lagi.3. Kalau naik CH, lebih sweet kalau dapat petik sendiri buah strawberri, tapi kali ni tak boleh nak self pick sebab tuan punya kebun tak bagi. pegang-pegang timbang-timbang tu ajerlah.4. Tempat hannan tinggal di crown imperial court belakang satu-satunya petronas yang wujud di Brincang. bagus kat sini kita sewa apartment (ala homestay) ada khusus parking lot satu. Ada jaga dan pemandangan yang amat indah. Mudah nak cari...5. Dalamnya sungguh selesa, untuk kapasiti rombongan cik kiah, termasuk hannan , tempat ni memang superb, tong gas, pemanas air, peti ais, astro, balkoni mountain view..6. Kalau ikut orang tua memang tak suka duduk kat hotel semuanya nak kena minta, nak kena caj. Tapi kalau kat homestay semua boleh buat, budak budak nak meloncat meraban semuanya boleh, tak perlu fikir orang bilik sebelah. Dalam banyak-banyak bende satu bende ajer takder.6. kebanyakan rumah dan hotel kat sini takde aircond, sebab kat sini semulajadi sejuk. Jadi perniagaan air-cond kat sini memang tak boleh cari makan. atas ni gambar hall dia, ada tiga bilik dan 2 bilik air, selalunya kalau nak kena tempah awal..7. Kebetulan kami dapat yang ada balkoni siap town view, segalanya perfect, sempat ambil gambar kat balkoni, masa ni tengahhari sebelum check out pukul 12.00. Check ini pukul 2.00 petang. Untungnya hannan masa tu, cuaca idak le paneh sangat.8. Dapurnya pun lengkap, mesin basuh takde tau.. ada peti ais, dapur basah dapur kering, gas lengkap, microwave... biasanya ummi akan masak untuk jimat cermat, duit boleh guna beli cenderahati kawan dan jiran Hannan. satu lagi iron takde, sendri bawah eh!, atau kalau tanak bawak juga masa booking apartment buat la request kat tuan homestay.9. Ini pemandangan dari depan, kalau musim cuti sekolah, pasar malam akan bermula seawal petang, yang nampak khemah kecik-kecik itulah tapaknya. Sayur kat sini pun murah-murah dan reganya kompetitif kalau nak dibandingkan dengan Kea Farm. 11. Dari sini nampak satu satunya petronas, jalan kat sini kalau musim cuti sekolah mau jem juga dibuatnya. jadi kalau nak naik atas, sebaiknya pergi seawal minggu pertama, masa tu orang baru nak merancang cuti-cuti malaysia.12. Ini pemandangan waktu malam, masih meriah. Masih terasa lagi strawberry cicah coklat yang ada dijual di pasar malam. Hannan tak beli sayur banyak banyak malam ni sebab esok nak beli sebelum turun balik ke Taiping. lebih segar sayurnya.13. Selain dari Brincang dekat Tanah Rata ada tempat yang baik untuk sesi fotografi, ada buah resaksa untuk diambil gambar. Tapi takleh makan tau!. nak tunggang boleh la. Abang kiki sebuk ajer nak menumpang strawberi Hannan.14. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, Hannan seronok jalan-jalan. nanti ajak ayah jalan lagilah.. nampaknya yang paling gembira adalah abang kiki, tengok dia senyum .. later.!
2 comments:
akak blh bagi contact no. owner apartment tmpat akak duduk tu?
Hotel ni berhantu kan...ramai kena mkin tgk nasib..
Post a Comment