Pra. kenapa nak cerita pasal briyani pulak?. Oleh sebab ni blog ana ampunya jadi sukahatilah nak cerita apapun. Apapun AR perasan ada beberapa kawan yang menjengah myrazeen untuk tengok entry makan kat mana. Oyd; AR buat keputusan untuk tulis pasal briyani satu makanan yang AR pantang jumpa. Sebelum tu kita tengok lah maudhu' briyani dulu. Macam baca kitab juga kena ada pengantar, taarif, faedah dan sumber ambilan. Lepas tu AR akan cerita self-experience dalam explorasi briyani di selatan tanah air InsyaAllah. kalau nak diterbitkan tajuk internationalnya adalah "quest of the great southern bryani ...hahah!" (kalau masuk channel afc lah)
Asal Usul Briyani
1. Nama briyani terbit dari perkataan parsi ‘berya(n) yang bererti “yummy” atau “dimasak”, Briyani datang dari timur tengah, selatan asia dihidang dengan campuran rempah yang unik, beras (selalunya basmati ...panjaaang!), daging, sayur dan yogurt. Terdapat banyak jenis briyani dan setiap jenis mempunyai rasa yang istimewa untuk dinikmati.
Sejarah Briyani
2. Salah satu cawangan briayni datangnya dari Mughals, yang dipelajari dari hidangan Parsi dan akhirnya mengambil tempat di Lucknow, Hyderabad semasa zaman pemerintahan Mughal di India
3. Cawangan lain briyani dipercayai datang di bawa oleh pedagang Arab yang menyeberangi Lautan Arab dan datang ke Calicut, Briyani Calicut disediakan dengan jeruk cuka dan papad yang digoreng dalam minyak kelapa, agak ringan di dalam perut tetapi rasa berbeza dengan briyani lain yang berasal dari India.
4. Sebagai tambahan terdapat juga Turkish Pilaf dan Briyani Iran. Puak Bohra mempunyai briyani versi tersendiri, ia dimasak untuk majlis istimewa dan di mesrakan dengan campuran tomato yang banyak. Bhuna Ghost Briyani Kashmiri dan Katche Ghost Ki Briyani adalah hasil daripada citarasa pemerintah mughal di bahagian paling utara India.
5. Briyani Lucknow adalah salah satu peninggalan Moghuls di bahagian timur India. Dari Lucknow briyani dibawa ke Calcutta apabila pada tahun 1856 Nawab Wajid Ali Shah telah digulingkan oleh British. Barisan tenaga tukang masaknya juga turut dibawa keluar tidak ketinggalan juga dengan masakan briyaninya.
6. Di Kolkata briyani telah memasuki rumah orang orang miskin, Cuma apabila daging tidak dapat disediakan setiap hari maka ia digantikan dengan ubi kentang ...pun buleh! Awat tak buleh pulak?.
Jenis Briyani
7. Paling glamer dikalangan bukan vegetarian adalah Briyani Hyderabadi, terutamanya di India dan Timur Tengah. Ianya dihidangkan di hampir merata India dan menjadi salah satu hidangan penting dalam hidangan India.
8. Sejarahwan mendakwa semasa pemerintahan Nawab di Punjab, serban dipakai mengikut jenis briyani yang dihidangkan. Dapur Nizam telah mencatatkan 49 jenis briyani, termasuk daripada ikan, puyuh, udang, rusa dan arnab. Ini tidak termasuk serban azhar, serban tabligh atau serban singh
9. Tehari adalah nama yang diberikan oleh para vegetari dan paling popular di rumah orang India. Walaubagaimanapun di Bangladesh, Tehari merujuk kepada briyani yang disediakan dengan menambah daging ke dalam nasi, berlawanan dengan briyani tradisional dimana nasi ditambah dalam daging.
10. Perbezaan antara briyani dengan pullao adalah briyani boleh dimasak dengan semua item secara bersama, manakala pullao dimasak berasingan dari semua ramuan kemudian barulah di campur bersama.
Apapun yang paling penting saya suka makan briyani walau bagai mana bentuk ia dipersembahkan, tak percaya ....jom try!.
post: sebenarnya quest ini bermula sejak mula pindah ke Johor, disuburkan pula dengan keenakan masak-masak briyani kawah di jemputan kenduri kahwin, belum pernah lagi AR jumpa kenduri kahwin yang makan nasi putih di Johor. Sementara belum ada pantang memantang dalam dietry AR so bila jumpa blasah ajelah. tapi bukan hari hari tau... nanti badan mau jadi macam biri-biri kashmiri la pulak.
p/s: sebagai bonus muqaddimah AR linkkan resepi briyani hyderabad untuk pembuka selera blogfan ini just poke this link!
No comments:
Post a Comment