1. Buat pertama kalinya AR ada cerita untuk upload tapi tak tahu nak mula macam mana. Begini boleh tak?...Semuanya bermula jam 11.42 pagi 2/5/2012. Dapat panggilan dari Abg Zizi, memberitahu ayahnya/Tok Ndak Ibrahim (datuk saudara) meninggal dunia sebentar tadi. Baru semalam kak cik Sabah telefon Tok Ndak sedang nazak. Sememangnya arwah telah sakit lebih dari setahun yang lalu. Arwah Ibrahim bin Mohd Nor kembali kerahmatullah setelah 69 tahun dipinjamkan ke dunia, kini kembali mengadap yang Esa.
2. Arwah semasa hidupnya menjadi saudara terdekat buat kami sekeluarga di Taiping, sebab atuk-nenek saudara mara kami semuanya berada di sekitar Kedah dan jauh diutara. Banyak occation yang kami lalui dan jasa arwah kepada keluarga mak ayah dan AR sukar untuk dilupakan. Kali terakhir AR dapat melawat Arwah pada 27/2/2012 di Taman Kejora, Tebong.
3. Sempat juga AR bawa mak ayah tipah dan anak-anak melawat arwah selepas itu. Selepas Tok Long (isteri arwah) meninggal dunia terlebih dahulu, Arwah meneruskan kehidupan di rumah anak-anak dan yang terakhir di rumah isterinya (Tok ndak perempuan) di Taman Kejora, Tebong, Melaka. Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Tampin pada jam 11.34 tanggal 2 Mei 2012.
4. Arwah selamat dikebumikan pada petang hari yang sama, AR tipah dan anak-anak sempat sampai setelah Arwah selamat dikebumikan. Dapatlah mendengar tazkirah talqin sebagai peringatan kepada yang hidup. Terima kasih kepada semua yang hadir dan mendoakan Arwah, semoga semua doa tn-pn dimakbulkan Allah.
5. Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan, Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: ilmu yang bermunafaat, sedeqah jariah, anak soleh yang mendoakannya. Kepada anak-anakku... jadilah anak yang soleh dan solehah agar damai dan tenangku disana.. Semoga Allah SWT menempatkan Arwah dikalangan ruh para solehin dan merahmati ruhnya. ...satu masa nanti pasti kita akan bertemu juga. Damailah disana bersama mereka yang terlebih dahulu meninggalkan kita ..juga buat Arwah Tok Long (Azizah) dan Olie (Azlie bin Ibrahim) Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment