Tuesday, February 23, 2010

Kota Bharu Grik Taiping

sambung entry lepas..

Oleh sebab habis dah borong kat Kuala Trengganu, kat Kota Bharu tak banyak jalan, sampainya malam, cadang nak carik hotel tapi jem kat jalan dan ramainya manusia ya rabbi. Cik Zi kawan tipah jemput kami bermalam di Pulai Chondong, spesifik lagi Kg Mata Air, Alhamdulillah layanan A class juga, Hanya Allah yang mampu membalasnya. Siang besoknya 16/2/2010 pagi-pagi pi KB tunggu wadi kat tepi SUK.

Wadi mahu tunjukkan kedai cincin (jate) sebab finishing dan ornament cincin kelantan adalah paling finest bagi saya setakat ini. Batunya pula zamrud aquamarine dan alexandria dari mesir. siap nanti cuti penggal pertama (tengah bulan 3), hat tipah pulak ada bahagiannya juga, nanti suruh wadi tolong ambil. lepas tu baru jelajah pasar siti khadijah, tak havoc sangat macam kat pasar payang, design menarik baju batiknya tapi ngenangkan duit dah habis banyak kat KT, layan mata je lah. Mungkin sebab dah letih, maka langsung takde gamba kat KB.

Petang tu lepas belasah beras serindit kat rumah cik zi kami pun bertolak balik ke Perak ikut Grik, mencabar gila jalannya, belasah OD Avanza cukup-cukup. so dari Tanah Merah pukul 4 sampai taiping pukul 10.30 malam, untung tak terserempak gajah tengah jalan.

dekat Taiping 17/2/2010 bagi can Tipah dan anak-anak rehat, saya keluar tengok Taman Tasik Taiping, kedamaian taman ini membuatkan saya berniat sekiranya panjang umur, ingin sisa hidup dihabiskan disini. serenity, tranquility just name it!





Malamnya bawa tipah dan anak-anak makan kat koeteow dolly, glamer kat taiping, cubalah rasa, tapi kalau nak makan belah malam tahap kesabaran menunggu adalah dituntut.



OK, ni pose istimewa budak kecik si Ripfeki, kecik-kecik lagi dah jalan pantai timur, besok besar jadi macam abah dan maknya kaki jalan InsyaAllah. duit ada jangan kedekut, berjalanlah dimuka bumi, nikmatilah keindahan ciptaan Ilahi.


Kluang Kuantan Kuala Trengganu Kota Bharu

Akhirnya trip cuti-cuti Malaysia terlaksana sudah. Cuti hari raya cina berjaya dihabiskan dengan menghabiskan minyak duit masa dan tenaga keluarga abu razeen. apapun semuanya berbaloi.

Mula keluar dari Kahang pagi Ahad, menuju ke Mersing, terus ke Endau Rompin, Kuantan, perjalanan ok ajer, kereta tak banyak, kami berenti makan kat bandar perindusrian mambau, terkilan juga tak dapat makan masak lemak ikan patin. sampai ke Kuala Trengganu malam, Alhamdulillah tuah ramai kawan dapat menginap di rumah Bukhari (tokeh travel) di seberang takir betul-betul berjiran dengan airport ni rumahnya.

keesokan harinya misi menjajah pasar kepayang, Alhamdulillah geram punya pasal 3 pasang sedondon batik berjaya dijarah. puas hati aku, sayangnya manusia ramai yaamat sampai terlupa nak snap gambo, apapun kat bawah baru sempat.

kendian kami singgah satu lagi tempat tak ramai orang luar tahu, gila tahap gaban punya murah. nama kedainya desa murni, susah juga nak describe lokasinya tapi betul betul dekat simpang nak Kg Atas Tol (takde tol pun), lepas menggaban di desa murni kami menghabiskan beras rumah bapak Azura (kawan tipah), Alhamdulillah layanan A class terima kasih



Lupa pulak, sebelum ke desa Murni kami berkunjung ke Masjid Kristal, pemandangan cantik, tapi oleh kerana panas sangat excitednya tinggal 40% sahaja maklumlah sampai pukul 12.00 tengahari. sempat la pusing-pusing jab


Entry lepas ni ... ke Kota Bharu

Saturday, January 23, 2010

Gunung Belumut, Kebun Abah dan Pecah peluh

Pra: Frankly, there was so many adventure I want to share within this limited space. It does'nt mean that, this post is the greatest experience that I ever had, just take it as simple notes to my ancestor and anybody that "this path has been pass through by me". This might touch my extra sweat in Abah's Palm Plantation in Felda Kahang Timur at 11.14, 26/12/2006 and Gunung Belumut Happy Hour. Hi angah!, by eleven we had reach max, as those who not so familiar with plantation, two or three hour of field work it just like a full day of bootcamp, I can say "this is it!"Surely I'm not doing this job again" not in another single day. Letih nak mampus, tapi dengan titik peluh inilah Abah menyara Tipah sampai tak memerlukan pinjaman pelajaran (masa tu belum ada PTPTN) zakat pun Tipah tak dapat. (ungkit sampai sekarang weeh). Dalam letih tu Angah dan Yus still maintain macam takde ape-ape pun. Aku aje yang over zealous buat kerja. Tak apelah bukan selalu.

Kami bertuah kerana abah dapat kebun atas bukit, selain angin yang sepoi-sepoi bahasa, kebun atas bukit juga dapat memaksimakan pendapatan berbanding kebun yang melibatkan tanah berlembah. Kadangkala air naik, dan the hardest part is masa kutip buah. Kenalah ditakdirkan buat tu bergolek masuk lembah, tak larat nak mikulnya, satu tandan mau 3 ke 4 kilo beratnya.
Akhirnya dalam 11.30 abah dah ajak balik. Orang mengantuk disorongkan bantal, apalagi kami yang baru sampai pukul 9 lebih cepat-cepat angkat punggung nak balik rumah. Padahal abah turun lagi cepat dari kami (lepas subuh dan 15 minit nak buat lempeng)
Apapun sehari sebelum tu kami dah enjoy kat gunung belumut, semua turun kecuali mak dan abah. Yang sebenarnya (yuna) kami rancang hujung tahun lepas nak pi Langkawi, tapi sebab budak budak masuk sekolah makan duit banyak akhirnya picnic kat gunung berlumut aje. Semua pergi, inilah pertama kali si Rifki merasa mandi air terjun. Dibawa sekali pelampung batman yang beli kat PD
Kelihatan dalam gambar si Rifqi bergaya dengan pelampung sambil dilayan oleh Maksu Mira (dalam pelampung tayar) dan Makcik lily.
OK marking the day of fun and adventure, here is the best pic from anak cucu kiman at gunung belumut (25/12/2009) from left to right. edo, maksu lily, ajeem, mak uda paejot, amir, ummi, ripfeki, maksu natasya amira, aus, azira and makngah otot.

Post: Surely those unforgettable moment are countless, but has been recorded thru the image and of course it remained in our memory. may be next year will be more greater than this..ta daaa.

Aburazeen

Monday, January 4, 2010

Edo First Day School

3/1/2010 hari pertama sekolah, di SK Kangkar Pulai, JB, Redo kena himpun ramai-ramai untuk suaikenal, harap dia gunakan social skill dia dengan baik. Perhimpunan sebelum dibahagikan kelas, redo yang menungkat dagu... janganla boring anakku, kelas belum lagi bermula
Must fight to be the best, penentuan kelas akan dinilai dalam tempoh 3 mingggu , so be good me boy, let us proud of you, ayah hanya dapat tunggu sampai pukul 2.00 ajeem sampai terlentok sandar kat dinding (boring.. tu la sapa suruh ikut), lagipun cikgu cikgu macam suruh parent balik ajer


ni masa kat sekolah (tadika) si razeen, abangnya grad kat sini dulu.. poyo je muka si razeen
di ni slamber sikit, kalau orang tak kenal cakap muka sombong




Rifki tinggal seorang kat rumah waktu pagi, jenuh la ummi melayan... petang pi rumah kak ida, abang ajeem pulak layan, ayah remote control je dari jauh ...huhu