Monday, April 9, 2012

jurnal di cameron highland 2

1. Masih dekat bunker WWII, selepas tour kilang teh, kami sibuk nak balik, ummi kata nak borong sayur kat kea garden, sebelum tu kena la posing dulu, cuba nak elak turun bukit waktu petang kerana hujan akan menjadikan jalan licin ...oleh kerana ayah tak mampu beli 4WD jadi ..belasah ajelah avanza 2WD apa yang ada..
2. Rasanya ini kali pertama dan kali terakhir Hannan naik boh tea plantation oleh sebab tu kena lah posing kat landmark .. unless ada orang kemaruk nak datang sini lagi ... kena la naik lagi.
3. Kalau naik CH, lebih sweet kalau dapat petik sendiri buah strawberri, tapi kali ni tak boleh nak self pick sebab tuan punya kebun tak bagi. pegang-pegang timbang-timbang tu ajerlah.4. Tempat hannan tinggal di crown imperial court belakang satu-satunya petronas yang wujud di Brincang. bagus kat sini kita sewa apartment (ala homestay) ada khusus parking lot satu. Ada jaga dan pemandangan yang amat indah. Mudah nak cari...5. Dalamnya sungguh selesa, untuk kapasiti rombongan cik kiah, termasuk hannan , tempat ni memang superb, tong gas, pemanas air, peti ais, astro, balkoni mountain view..6. Kalau ikut orang tua memang tak suka duduk kat hotel semuanya nak kena minta, nak kena caj. Tapi kalau kat homestay semua boleh buat, budak budak nak meloncat meraban semuanya boleh, tak perlu fikir orang bilik sebelah. Dalam banyak-banyak bende satu bende ajer takder.6. kebanyakan rumah dan hotel kat sini takde aircond, sebab kat sini semulajadi sejuk. Jadi perniagaan air-cond kat sini memang tak boleh cari makan. atas ni gambar hall dia, ada tiga bilik dan 2 bilik air, selalunya kalau nak kena tempah awal..7. Kebetulan kami dapat yang ada balkoni siap town view, segalanya perfect, sempat ambil gambar kat balkoni, masa ni tengahhari sebelum check out pukul 12.00. Check ini pukul 2.00 petang. Untungnya hannan masa tu, cuaca idak le paneh sangat.8. Dapurnya pun lengkap, mesin basuh takde tau.. ada peti ais, dapur basah dapur kering, gas lengkap, microwave... biasanya ummi akan masak untuk jimat cermat, duit boleh guna beli cenderahati kawan dan jiran Hannan. satu lagi iron takde, sendri bawah eh!, atau kalau tanak bawak juga masa booking apartment buat la request kat tuan homestay.9. Ini pemandangan dari depan, kalau musim cuti sekolah, pasar malam akan bermula seawal petang, yang nampak khemah kecik-kecik itulah tapaknya. Sayur kat sini pun murah-murah dan reganya kompetitif kalau nak dibandingkan dengan Kea Farm. 11. Dari sini nampak satu satunya petronas, jalan kat sini kalau musim cuti sekolah mau jem juga dibuatnya. jadi kalau nak naik atas, sebaiknya pergi seawal minggu pertama, masa tu orang baru nak merancang cuti-cuti malaysia.12. Ini pemandangan waktu malam, masih meriah. Masih terasa lagi strawberry cicah coklat yang ada dijual di pasar malam. Hannan tak beli sayur banyak banyak malam ni sebab esok nak beli sebelum turun balik ke Taiping. lebih segar sayurnya.13. Selain dari Brincang dekat Tanah Rata ada tempat yang baik untuk sesi fotografi, ada buah resaksa untuk diambil gambar. Tapi takleh makan tau!. nak tunggang boleh la. Abang kiki sebuk ajer nak menumpang strawberi Hannan.14. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, Hannan seronok jalan-jalan. nanti ajak ayah jalan lagilah.. nampaknya yang paling gembira adalah abang kiki, tengok dia senyum .. later.!

Tuesday, April 3, 2012

jurnal cameron highland 1

1. Masih kat boh tea plantation, pemandangan yang memukau tu yang buat hannan dan abang-abang giat berposing , terima kasih kepada teknologi kerana tidak membuat ayah buang duit beli kodak dan hantar cuci filem kat kedai foto. terbaiekkk!
2. Ayah banyak bergambar dengan Hannan, bosan jugak hannan jadinya, tapi kalau cakap kang dia tak mau dukung jenuh la ummi dukung dah la dia tak larat, so biarkan jelah, tu pasal muka hannan susah mau senyum ...
3. Seelok-eloknya nak bergambar di lereng bukit, nak dapat feel naik pagi pagi kalau ada kabus lagi cantek, kami keluar 7.30 pagi sampai kat boh plantation 8.15, tapi takde kabus pown. Betul la ayah cakap global warming menyebabkan kawasan CH dah tak sejuk sangat dah. Mungkin pasal malam tadi tak hujan.
4. Ayah kata, kalau dia ada DSLR lagi santek gambarnya, ayah ni macam macam niat dia macam la duit banyak. kejab nak beli galaxy note ler, kejab nak beli starex ler, ni nak beli DSLR pulak ...asal jangan pecah tabung hannan sudah!.
5. pemandangan landai macam gini buat Hannan tertanya macam manalah tukang potong daun teh ni buat kerja pagi-pagi, tak sejuk ker? kalau hujan macam mana, takde jumpa binatang liar ker, tak de keceplos ke (java means jatuh). Berbanding dengan kerja ayah dan ummi, Hannan bersyukur dengan sumber rezeki yang kami ada Allah berikan. Usai melihat ladang yang tak jemu mata memandang, kami pi boh shop pulak.
6. Selain boleh menikmati minuman teh yang dah di inovasikan macam macam sekarang, kita juga boleh membeli berbagai produk boh kat sini, dan ada juga yang tidak dijual dipasaran Malaysia, sebab mutu yang tinggi dan kalau jual kat market pun orang Malaysia takkan beli... tok ada beli satu.7. DIa punya kedai agak purba sikit Hannan tengok macam bunker WWII ajer. tapi oklah tak pernah hannan tengok banyaknya jenis teh yang deorang buat, ye lah hannan minum susu ummi dan di supplement dengan dutch baby ajer kann. Minum teh awal awal ni nanti cepat datang penyakit pulak. ...nanti ayah jugak yang susah.
8. Sementara menanti lawatan ke dalam kilang teh boh, kami minum-minum dulu, semua minum teh kecuali hannan, rasa sikit aje, takut kembung perut. Apapun atas meja hannan take the rules!
9. Hannan tetap nak merasa teh jugak .. yang ni teh o ais limau yang masam tapi sedap ...nyeporr ajer hidung hannan tau ayah ambil gambar..
10. Dalam ramai-ramai adik beradik abang edo lah punya selera yang pelik-pelik, kalau order makan atau minum selalu minta yang bukan-bukan, last last dia yang tak lalu makan @ minum, dia kenapantang sea food sebab ada allergic, sekali datang allergic mata dia takleh buka, asyikla kena bubuh ubat ...kalau tak bubuh ubat nanti ayah marah.
11. 9.45 kami mula tour kilang buat teh boh, bau teh dia dalam 10 kaki dari kilang dah menusuk hidung hannan, apapun inilah pertama kali hannan masuk kilang teh dalam hidup. Tourist guide dia seorang meenachi yang sangat rapport. Sampai banyak juga mak berbelanja beli teh kat situ.
p/s akan datang jurnal CH 2 (last punya)

Saturday, March 31, 2012

jurnal cameron highland 0.5

Pra: catatan ini dibuat dalam bentuk trilogi (bukan tiru LODR)sebab banyak gambar terbaik ingin dikongsikan oleh Hannan sebagai kenangan kita semua. Jangkamasa rakaman dari 10/3/2012 hingga 13/3/2012, venue Shah Alam-Brinchang-Tanah Rata.
1. Lepas habis pengajian kitab Muniyatul Musalli ayah kat Masjid Wilayah hannan shot to Masjid Shah Alam sebab ayah kata nak cari jubah. Ummi kata jubah ayah dah lutuk (java terms means 'dah season'). Ayah susah nak beli baju sebab dia very-particular-kind-of-thing bila bab beli apparel. Hannan mencikk!. Busan ayah pilih baju lama-lama Hannan pun naik lapar, so kami makan Nasi Arab gerai Dalam Masjid Shah Alam. First time kat sini.. Hannan kongsi dengan Ummi dan Kiki, Nasi Arab daging.
2. Abang edo dan jijim pulak tibai nasi arab ayam, harga buleh tahan tapi dinasihatkan supaya tengok dulu banyak atau sikitnya nasi tu, takut tak habis, setakat yang kami ambik satu pinggan boleh kongsi tiga orang ....ayah? ..don't worry ayah tak kisah makan apapun. semua taruk ... lagipun dia sweeper. Sebab ayah kata membazir amalan syaitan ...sebab tu lah dia punya akhem akhem ...dari six pac jadi 'a pac' sajer... ayah kata makan kat situ boleh rekemen kat kawan... nasi dan rasa dia kompetitif.
3. Dari Shah Alam shot straight ke Taiping kampung ayah.. kali ni kami jalan siang sabit dengan kelas ayah kat Shah Alam tu, kalau tidak kami nampak bulan dan bintang ajer la... sebab tu kami jarang jarang dapat tengok terowong menora '...one of its kind' kata ayah. kecuali naik flight aja kami tak lalu dalam terowong ni ...bila ntah hannan dapat naik flight?.
4. Sebelum sampai brinchang cameron highland, kami singgah kat kedai ditepi tepi jalan, nasihat hannan survey harga dulu nak beli barang kat sini, kedai ada banyak, kedai ni jual berspesis spesis kulat cendawan ...kat sini masih belum sejuk lagi, cuaca macam kat bawah aja.
5. Cameron Highland (CH) terkenal dengan strawberry nya, so kalau dapat ambil gambar dekat strawberry saiz gergasi tu kira ok lah, macam biasa aksi sengal abang-abang hannan mesti tak boleh tinggal punya.6. Rasa Hannan nak seronok beli barang belilah di pasar malam brinchang, semua ada strawberry cicah coklet pun ada.. kat sini suasana dah sejuk, dicampur hujan petang bawa ke malam, ayah cakap cuaca macam musim sejuk kat Mesir, nanti Hannan nak pergi lah!. pasar malam sini hari hari ada ikut cuti sekolah katanya.7. Antara tempat yang dikunjungi adalah boh plantation, kalau rombongan naik bas sure tak sampai punya sebab jalannya sempit dan membahayakan kenderaan, biasa yang orang pergi ambik gambar adalah Bharat tea plantation.
8. Sebenarnya Bharat plantation lagi lawa landscape dia dari boh plantation, cuma kat boh kita boleh dapat peace and tranquillity, udaranya bersih kedinginannya jelas terasa. Jauh dari hiruk pikuk bandar. Hannan apalagi berposinglah dengan ayah.
9. jarak dari Brinchang nak ke Boh lebih kurang 15km jauh juge tu. orang yang sampai kat sini pun tak ramai, jadi acara bebas ambil gambar, cuma berhati-hati dia punya tanah lembab dan kalau hujan licin, apapun Hannan ok ajer ...sebab ayah dukunglaa.10. Kiki pun sibuk nak berdukung juga, tak sedor badan tu dah berat lebih 10kilo..
11. Tapi bab posing kalah abang-abang dengan kiki, masa dekat CH dia berlagak jadi man in the hood.12. Lihat betapa cantiknya alam ciptaan Allah dan segarnya cuaca diatas bukit, puncak tertinggi di CH adalah lebih 1500 kaki dari aras laut, tapi oleh sebab global warming dan peluasan tanah pertanian luar kawal, cuaca kat sini takdelah sesejuk dulu-dulu... setakat tak pakai baju tebal tebal tu tak de masalah punya.
13. Boh plantation agak deserted dari tempat awam, dan arahnya seolah-olah kita nak turun CH nak ke Pahang. kalau dari utara biasa orang naik dari Simpang Pulai jalannya lebih elok dan kurang cerun berbanding naik dari Tapah. Tapi kalau orang dari selatan lebih praktikal kalau naik dari Tapah.
14. Sebenarnya tok Taiping dah lama nak ajak pergi sini, kira macam wish list dialah, tempat lain adalah pulau Pangkor, duduk aje kat Perak tapi Pangkor pun tak pernah sampai, apapun tu ayah kata next 2 project, apa next projek? ...ayah kata tunggu!
p/s: lepas ni ada lagi jurnal CH 1

Sunday, February 5, 2012

Layang-Layang di Hati Kiki ;)

1. Jurnal 5/2/2011. Kat Johor musim main layang-layang. Masa nak masuk keluar di kawasan Taman Pulai Indah, makin ramai pula orang main layang-layang. Memikirkan masa dulu-dulu membesar kat Taiping susah benor nak jumpa kawasan lapang nak main layang-layang. Tapi kat sini Alhamdulillah masih ada tanah lapang untuk budak-budak main. Sesuatu yang aku tak rasa masa kecik-kecik dulu.
(Ummi dan abang memilih layang2 untuk main petang ni, dari pemandangan hanan bertoncit satu dalam kereta)
2. Sebelum nak pi beli alat memancing udang (besok punyer program) kat Mydin Nusajaya. Tipah ajak singgah padang untuk beli layang-layang kat budak-budak. Sekali sekala kehendak anak yang dalam kemampuan kita hendaklah ditunaikan. Lain la kalau dia minta galaxy S ke, yang tu tunggu ayah pakai Galaxy Note dulu tau. Oleh sebab layang-layang ni cantik punyer, maka harga tiap satu sekali benang RM15.00 dua orang minta kurang RM25.00, ini kira murah le lagi kalau nak beli kat pasir gudang masa pesta nanti lagilah mahal.

3. Main layang2 ni menyeronokkan rupanya, ia memberikan kita kepuasan, memberikan kita rasa berkuasa, meskipun yang dikuasai adalah layang2 dari kertas dan kerangka alumunium berasimilasikan benang gulung, so tak hairanlah kuasa adalah matlamat hidup sebahagian manusia. Lagi Maha Berkuasa adalah Allah SWT, siapa yang diberikan kuasa maka ia menjalankan amanah Allah hrmmmmm... Perkara semudah layang2 kalau kita tadabbur boleh membuka kita akan hijab kuasa Allah SWT rupanya.


4. Makin hari makin ramai budak-budak main, turut diajak sekali kawan-kawan si Edo dan Kiki, meskipun padang tak semenggah tapi aku puas hari anak-anak dapat bermain dengan bebas dan riang. Seronoknya jadi budak, takde masalah, main tido makan main tido makan ...pastu kena marah dengan ayah hahahahah.


5. Biarkan budak-budak ni gembira, sementara cuti sempena maulidur rasul dan thaipusam, lepas ni jangan malas sembahyang ayah libas korang.. ada paham!
6. Untuk edo jijim dan kiki, inilah pengalaman pertama main layang2. Ayah gembira bersama ngkorang dapat main sama-sama ...eh! sapa pulak nak amek gambar ayah nie?


7. Biar betul! kiki pun boleh main layang2. kegembiraan di hati kiki dapat digambarkan dengan khusyuknya memegang benang layang2. Dengan janji besok main lagi ya.



8. Dengan main layang2 kita akan mendongak langit, bukan selalu kita mendongak langit bukan?. dari situ kita akan nampak kebesaran ALlah, menciptakan langit sebagai bumbung tanpa bertiang. Dari gambar terdapat lembayung senja menandakan maghrib kejab nanti bakal tiba.

9. Kiki masih memandang langit ....tingginya layang-layang. ayah kata 'tinggi lagi langit ciptaan Allah' nanti kiki jadi seorang pemikir, lihat alam nampak Allah.. jangan lupa doakan ayah nak. Dah jum balik cepat. kita pi solat kat surau Nur Salam Maghrib berjemaah yuk!
10. Sesiapa yang minat layang-layang buleh la datang ke Festival layang2 yang dibuat saban tahun di Pasir Gudang, AR pun tak pernak pergi.. INsyaAllah tahun ni kalau sempat pergilah. Main layang2 ingat Allah.. itu yang betul.