Monday, April 19, 2010

Birthday Tipah, and greeting new family member VLX


1. Sekian lama tiada sambutan harijadi buat kat rumah, sementelah family Kluang datang bertandang maka disekalikan kenduri (ikan bakar je) anak beranak sukiman. Yang diraikan isteri terchenta walaupun besdaynya 5 hari lagi (22/4) tapi ianya diadvancekan sebagai menghargai penat lelah jerih menjaga suami dan anak-anak setelah ditakdirkan PJJ selama 4 tahun.

2. Tapi sebelum tu nak cerita dulu pasal ahli keluarga terbaru aburazeen. Asal Jepun piston ada dua ekzos pun dua, register Singapura (multi-nasional dia nih), marhaban ya Honda Steed. Akhirnya tercapai jua impian untuk memiliki kuda bertanda yang baik dan berkuasa. Bukan apa boleh bawa pi surau... niat mau baek cikkk.

3. Kiki paling suka walaupun hanya berkesempatan posing sorang-sorang atas Steed, yang lain semua dah mrassa. Oleh sebab piston dia gedabak jadi tak sesuai letak budak belakang tangki, nanti kakinya kena panas, nanti suruh ummi dia buat pelana khusus untuk kiki.. sabo ye kiki.


4. Kepada sesiapa yang belum pernah terperangkap dalam jem di jalan skudai - jalan tun razak JB, pasti tidak mengetahui betapa sakitnya mata dan telinga apabila motor-motor besar ni bedezup di celahan kereta menuju syonan-to. gua tebakar beb. (cakap kena macam mamat harley)


5. Akhirnya dikumpul-kumpul duit mengetatkan perut, dimurahkan Allah rezeki kami lalu dibeli seekur kuda besi (18/4/2010), petang-petang bawa la anak-anak berjalan. lepas ni join konvoi ka kembara ka... dulu Kembara Mahkota, la ni dah jadi Sultan, tak tahulah nak buat lagi ke tidak, kotidak boleh join. Tapi Tuanku pakai moto rhimau, takutlah!. err ustazah latipah tamau membonceng ke?


6. Kepada isteriku, terima kasih kerana tabah membesarkan anak-anak yang makin banyak karenah, juga sabar dengan suami yang semakin membesar dan lambat matang. Kalau ada rezeki biar ada mujahideen dan mujahidah dari darah kita yang akan mendoakan kita kelak.


7. Sungguhpun tidak dirayakan di McD atau KFC namun tiada perasaan yang lebih riang melainkan keraian bersama insan-insan tersayang dan kehangatan rumah sendiri (sewa). Oleh sebab hangat kiki kena buang baju sebab badan bergetah, tapi sebuk nak palit kek kat jari, so kena kepunglah dulu sebelum potong kek

8. Kiki suka dengan atuknya, sebab atuknya melayan. Sebenarnya yang membezakan kiki dengan redo dan ajeem adalah sifat keberaniannya. Dia boleh approach sesiapapun tanpa bimbang, tapi yang bimbang sebenarnya mak bapak dialah takutnya orang lain ambil kesempatan. Berani sangat pun salah.


9. Buat masa ni itulah cerita keluarga abu razeen, penulisan artikel masih belum dimulakan, nanti job, fine tuning masih belum selesai, InsyaAllah selepas sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk jobscope di JBG Johor kita akan jumpa dalam ruang aburazeen.blogspot pula.

p/s: nanti turn ayah, kalau boleh nak cheese cake ye, geram je nengok masa nak beli kek haritu.

Monday, April 5, 2010

landed at pirate's sand (picnic)

Sebenarnya AR masih dalam mode hibernate, nak masuk alam fine tune, sibuk dengan anak-anak, jem kat jalan, kemas rumah baru (sewa) kerja kat opis serba serbilah, tapi nak upload juga kenangan kat pasir lanun Mersing..ke Endau mana satu ntah!

Pergi dengan keluarga mertua, hangkut 3 kereta, sesat barat juga nak sampai pasir lanun, mak masak banyak gila (tapi tak gila pun) tapi semua kenyang laa, baru la picnic namanya.

mak sebenarnya photo shy, tamau ambik gambar, tapi kalau perasan kat belakang sekali dia tengah berpayung...ingat boleh nyorok kot hu hu.
kaum hawa bersantai mantai kat tepi pantai, kaum adam meneruskan kerja rutin mencari lauk (ikan) pakat memancing belaka, kecuali abah yang buat hal sendiri. Abah pikir kebun kut?
Paling seronok (selain kiki dan sepupu sepapat) adalah anak-anak dara mak, ada yang dah habis SPM, keputusan tu tak kisah janji dah lepas SPM. ENjoy ye engkorang lepas ni cari makan sendiri lah ye.
Kiki masih mencari skill untuk membuat sesuatu, dia ni jenis cepat boring (ikut sapa ye) kadang suka main air kadang tak suka, kalau dalam bilik air menangis takmau keluar main dalam besen, tapi sampai kat pantai takut pulak masuk laut, jadi kena la bapanya melayan buat sand castle. layan jelah. Qadha 4 tahun tak spent time dengan anak.

Kiki dengan swimsuit (turun abangnya) janji kiki datang pantai lagi dah tak takut air laut. eh eh eh.

edo, jijim, aus dan amir dah jadi dugong, air kat pantainya takle 100% marvelous, tapi saya sukakan ombak dia, ala ala malibu beach.
menyantap je korjenye, tapi yang peliknya makanan tak habis-habis, apa rahsia cik normah ye?
kiki kalau nak turun pantai kena well equipe suit, siap google sekali walau takut nak main air, safety first! tapi kalau nak makan pun pakai google kira ok la tu.
Kemunculan abah ditengah-tenga kaum hawa... sebenarnya masa ni hujan rintik-rintik tapi deorang belasah macam tak de apa-apa pun... yang takde kat gamba waimma pi memancing atau berendam dalam laut. kiki kalau ye pun tanggalkanlah google tu! ...ayah nak pakai pulak

Wednesday, February 24, 2010

Cuti lagi

Masih di taiping, si Razeen banyak betul claimnya, nak kfc la mcD la, mandi laut la.. bila masa mak dan ayahnya berjanji pun tak ingat. Untuk tidak menghampakan hati budak-budak saya pun bawalah semua-semua (kecuali tokwan sebab kerja) ke air terjun taman suria berhampiran taman tasik taiping.

ada beberapa pict menarik.







Selain dari tu, penghujung cuti raya cina, ada kenduri rumah kaum kerabat (arwah atuk ayie) di felda Air Tawar, Kota Tinggi, ngenangkan perintah dari ibu mertuaku terpaksalah anak menantu buat konvoi, apapun nasi hujan panas ok juge.






cuti depan jalan-jalan lagi sementara boleh, kesiyan budak-budak dah la jarang-jarang jumpa ayahnya, sekali jumpa kenalah bawa jalan-jalan, selalu sangat jalan-jalan .... parai aku!

Tuesday, February 23, 2010

Kota Bharu Grik Taiping

sambung entry lepas..

Oleh sebab habis dah borong kat Kuala Trengganu, kat Kota Bharu tak banyak jalan, sampainya malam, cadang nak carik hotel tapi jem kat jalan dan ramainya manusia ya rabbi. Cik Zi kawan tipah jemput kami bermalam di Pulai Chondong, spesifik lagi Kg Mata Air, Alhamdulillah layanan A class juga, Hanya Allah yang mampu membalasnya. Siang besoknya 16/2/2010 pagi-pagi pi KB tunggu wadi kat tepi SUK.

Wadi mahu tunjukkan kedai cincin (jate) sebab finishing dan ornament cincin kelantan adalah paling finest bagi saya setakat ini. Batunya pula zamrud aquamarine dan alexandria dari mesir. siap nanti cuti penggal pertama (tengah bulan 3), hat tipah pulak ada bahagiannya juga, nanti suruh wadi tolong ambil. lepas tu baru jelajah pasar siti khadijah, tak havoc sangat macam kat pasar payang, design menarik baju batiknya tapi ngenangkan duit dah habis banyak kat KT, layan mata je lah. Mungkin sebab dah letih, maka langsung takde gamba kat KB.

Petang tu lepas belasah beras serindit kat rumah cik zi kami pun bertolak balik ke Perak ikut Grik, mencabar gila jalannya, belasah OD Avanza cukup-cukup. so dari Tanah Merah pukul 4 sampai taiping pukul 10.30 malam, untung tak terserempak gajah tengah jalan.

dekat Taiping 17/2/2010 bagi can Tipah dan anak-anak rehat, saya keluar tengok Taman Tasik Taiping, kedamaian taman ini membuatkan saya berniat sekiranya panjang umur, ingin sisa hidup dihabiskan disini. serenity, tranquility just name it!





Malamnya bawa tipah dan anak-anak makan kat koeteow dolly, glamer kat taiping, cubalah rasa, tapi kalau nak makan belah malam tahap kesabaran menunggu adalah dituntut.



OK, ni pose istimewa budak kecik si Ripfeki, kecik-kecik lagi dah jalan pantai timur, besok besar jadi macam abah dan maknya kaki jalan InsyaAllah. duit ada jangan kedekut, berjalanlah dimuka bumi, nikmatilah keindahan ciptaan Ilahi.