Saturday, October 30, 2010

Marhaban Ya Hannan Humaira'

Assalamualaikum

1. Salaam semua, saya Hannan Humaira' binti Mohamad Ridzuan, lahir pada 27/10/10 jam 11.10pm, berat 2.75kg. Saya lahir di Hospital Sultan Ismail, Pasir Gudang Johor Bahru. Kalau nak tahu kat atas itulah gambar pertama Hannan selepas kena azan dengan ayah.

2. Kenapa dahi Hannan berkerut ...memikirkan masalah dunia agaknya, ayah Hannan pesan, budak kecik tak payah pikir sangat nanti cepat tua, mungkin Hannan banyak fikir sebab sebelum Hannan lahir ayah Hannan kena siapkan 3 penggulungan hujjah kes fasakh yang dipercepatkan tarikhnya dan ummi hannan kena siapkan senarai pelajar kelasnya yang bayar duit. Tapi Hannan tunggu jugak sampai kedua-duanya selesaikan kerja terlebih dahulu. lepas tu baru Hannan keluar melihat dunia.
3. Ni tiga abdul, yang sulung edo, kedua jijim dan ketiga kiki, semua ni akan jadi pengawal peribadi saya bila besar nanti, semua suka saya datang, jadi semua jangan malas kalau saya nak apa-apa, ummi dah penat neran jadi sekarang turn ayah buat kerja rumah dibantu bodyguard hannan.

4. Yang ini kembar Hannan, orang panggil uri, tembuni ya jugak. Kalau nak tahu ummi boleh beranak lagi berapa orang?, boleh kira dari ketul ketul hitam saluran tali pusat yang bersambung dengan pusat Hannan. Hannan maupun ayah tak reti nak kira, tapi ikutkan ayah, dia cakap biar cukup seat Hyundai Starex baru nak tutup kedai. Ikut kemampuan ummi la jugak, tapi ramai-ramai kan best, baru seronok, dulu ayah duduk sorang sorang ajer, tak best katanya. Nanti bila besar semua jadi pejuang pembela dan orang baik-baik.

5. Ok selepas kembar dicuci, dia kenalah tanam, sebab dia dikira sebahagian dari ummi ataupun hannan sendiri, kata ayah yang edo punya ditanam dekat precint 8 Putrajaya, Jijim punya tanam kat rumah ayah di seksyen 18 shah alam, kiki punya dekat belakang rumah nenek Kluang (sebab tu dia macam orang kampung), yang Hannan punya spesel sikit sebab mulanya ayah nak tanam kat tepi surau Pulai Indah, tapi kakinya terpijak paku karat tepi pagar surau, lepas tu ditanam juga... tempatnya rahsialah.. biar jadi orang solehah... doakan Hannan ya!

6. Selepas 3 hari Hannan lahir, kena admit Hospital Sultanah Aminah, demam kuning, buktinya kena amek darah kat kaki, kat tangan sakit tau, tapi ramai lagi yang kena sakit tu, tapi mula-mula pergi tak kena tahan, ayah yang terkejar sana terkejar sini cari makmal biokimia kat dalam HSA. gambar diatas ambik masa nak cari lab tu lah!.
7. Nguuuuuah!, dokto cakap bayi kena tidur lama-lama, lebih 12 jam, tapi tak boleh lama sangat nanti kena kuning lagi, biar tidur puas-puas nanti dah besar tidur kurang, nak buat macam Nabi Sulaiman, masa dibahagikan tiga, satu masa untuk diri sendiri, masa untuk ibadat dan masa untuk bekerja. Sebelum tidur...
8. Hannan nak bagi pose istimewa sikit, untuk semua pembaca myrazeen.blogspot ni cuma blog penaja sahaja, nanti besar ayah suruh Hannan buat sendiri, dia dah takde masa nak buat entry, ni pun sebab dapat cuti tujuh hari, dan ramai kawan ayah dan ummi tanya pasal Hannan, sekarang boleh la posing, nanti dah besar tak boleh daaaa. ayah tak bagi.


9. Sebenarnya kan ... yang paling suka adalah abang kiki, dia selalu kacau Hannan, mulutnya bising tapi orang tak faham, dia memang suka mengusik, nak pergi mana-mana dia mesti suruh Hannan ikut, mentang-mentang la orang panggil dia hensem boy. Ok sampai sini dulu debut Hannan dalam blog ayah ni, jumpa lagi

8 comments:

Hunny said...

tahniah yer abu hannan..:)

abu razeen said...

Thanx Hunny, .....hmm kunniyah baru 'abu hannan' nice one aah, acik hunny bila lagi? ;)

ayu said...

assalamualaikum hannan humaira'....seronok baca cerita hannan.semoga kehadiran hannan menjadi pelengkap bagi sebuah keluarga.jadilah anak yg patuh pada ibu n ayah.insan yg taat pada Allah.semoga hannan sentiasa d cucuri rahmat....

sf said...

wawawawa.. Alhamdulillah selamat datang Hannan Humaira'. Hey, what a surprise!! birthday kita sama lah Hannan.., setakat acik hidup ini baru jumpa 3 orang yang tarikh lahir dia sama dengan acik..jgn tak caya :)

ingat Hannan ingat acik, ingat acik ingatlah Hannan..hehe. Semoga lahirmu menambah sinar bahagia ayah bonda dan abang2mu. Semoga menjadi anak yang solehah. Pejuang yang hebat, pembela agama, mujahidah srikandi ulung terbilang..Ameen.

Tahniah sekali lagi Tuan Ridzuan dan Pn. Latifah sekeluarga.

noor doty bt rasul khan said...

tahniah abu razeen ...n marhaban ya Hannan...

Noorul0206 said...

wah bestnye baca cerita hannan..... tahniah Abu Razeen... dan berapa org lagi erk nak cukup starex? kena kira tuk berapa kali lagi dapat makan tiramisu free hihihhihihi... Semoga Hannan cepat besar dan sihat... amin

puteri saadah said...

hannan yg qiut! ;)

abu razeen said...

terima kasih acik ayu salina binti hj salleh, (bila nak banje hannan?) acik norsafiyati (cuti sekolah adalah hariraya untuk cikgu sekolah),acik dooty (nanti hannan sekolah satu tahun dengan akif) acik noorul (sikit lagi nak jadi isteri orang) dan acik puteri (ampun acik puteri, kenape takleh tengok id dan blog acik aaaaa?).. nanti hannan buat entry lagi.. terimakasih semua