Ok hannan kembali.. buat pertama kali hannan balik kampung Taiping (tepen), kampung ayah tengok tok dan tokwan. Ayah cakap kena balik selalu kotidak kena sumpah jadi batu. Jadi ini adalah perjalanan terjauh hannan buat semenjak lahir, gambar kat atas masa sambutan harijadi jijim dan kiki di kfc kemuntin (utter it without letter 'g')
Pastinya edo dan jijim belasah drumstick dulu, takpe nanti tunggu hannan dah besar turn hannan makan pulak ... tapi tengok laa kalau QSR tak kena ambik dengan non muslim shareholders.
Kan hannan dah kata, kiki memang suka kentang lenyek, rasanya dia takde masalah kalau ummi buat kat rumah hari-hari
Kiki suka makan kentang lenyek, kalau suap sebakul pun boleh habis rasanya, ummi pun tak sempat posing kalau dah ngadap ayam goreng. Tok pun makan juga, bukan senang nak makan sekali kat restoran luar, Tok lebih prefer makan kat rumah.
Kan hannan dah kata, kiki memang suka kentang lenyek, rasanya dia takde masalah kalau ummi buat kat rumah hari-hari
Dah tinggal tulang baru teringat nak posing, besday boy si jijim teramatlah sukanya, sekali sekala takpele ayah cakap, kalau selalu ayah suruh deorang bayar sendirik..
Ummi berposing dengan besday boy si kiki, itupun setelah separuh bekas kentang dibedal kiki
Ritual potong kek, oleh kedua-dua besday boy yang ensem, oleh sebab hannan takleh makan kek, jadi malehla nak tengok
Abang edo dah buat besday dia terlebih dahulu, sebagai makluman besday cuma hannan lahir di penghujung tahun (26/10/2010) manakala edo jijim dan kiki semua bulan satu dan dua, iaitu diawal tahun. Secara faktanya semua kami lahir menyebabkan ummi dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhaan.
Tok suka dukung hannan, dalam banyak-banyak anak ayah, Hannan ajer yang tok tak datang tengok, sebab beranak jauh sangat. Tapi hannan tak kisah.
Hannan suka bila makan ramai-ramai, lepas ni tok kena datang johor pula
Sebelum balik Johor ayah bawak jalan ke Bukt Merah laketown resort, walaupun dua tiga hun aje dari rumah tok tapi nilah pertama kali jijim, edo dan kiki datang mandi, best juga.
Mandi sampai tak hengat, ayah kata kat tasik merah ada buaya, buaya tu datang dari sungai gedung kat bagan serai, ada sekali tu masa empangan bukt merah dibuka ada sekor dua yang lepas masuk ke parit taliair. Ayah taula pasal dia pernah sekolah kat Maahad Ehya Assharif Gunung Semanggol.
Sebelum balik Johor ayah bawak jalan ke Bukt Merah laketown resort, walaupun dua tiga hun aje dari rumah tok tapi nilah pertama kali jijim, edo dan kiki datang mandi, best juga.
Mandi sampai tak hengat, ayah kata kat tasik merah ada buaya, buaya tu datang dari sungai gedung kat bagan serai, ada sekali tu masa empangan bukt merah dibuka ada sekor dua yang lepas masuk ke parit taliair. Ayah taula pasal dia pernah sekolah kat Maahad Ehya Assharif Gunung Semanggol.
benda alah yang kat belakang tu kepuk padi tempat orang nak memisahkan padi dari batangnya, masa ayah kecik dia pernah berteduh kat situ, sibuk ajer nak pi bendang jugak ooh ya! arwah tok nek di Baling belah tok adalah pesawah manakala tok nek sebelah tokwan dipendang juga pesawah tanam padi manakala ayah seorang pemakan padi hik3.
Kalau nak berjalan-jalan kat kedah jangan lupa datang muzium beras ye.. belajarlah sikit macam mana proses beras menjadi nasi dalam pinggan, jangan asyik tau nak makan ajer ...ayah bebel.
Papan tanda kat belakang yang kaler hijau sikit sikit tu sebenarnya special effect ajer... bior nampak thrill sikit muzium padi, kalau baru je tak namanya muzium tak? Hannan agak kalau deorang jual beras kat sini lagi bagus, dapat duit boleh la cuci lumut kat belakang ni.. hampeh.
gambo kat bukit merah lagi.. sebenarnya ayah dapat tiket diskaun tu pasal dia nak masuk, terima kasih acik salleh. pelampung tu pun acik salleh tolong ambkkan pasal tu laaa dapat pree. Hannan kecik lagi ...kalau besar sikit musti besh woooo!
Acik Salleh artist designer kat sini gerbang kat belakang tu dia yang design, dia kata lain kali pun boloeh dapat diskaun lagi, cakap ajer ... tengok tu jijim, edo dan kiki tak pernah kalah kalau posing siap terkangkang kangkang.. hannan posing lentok ajer hik3
Bukit Merah Laketown Resort terletak antara Taiping dan Pulau Pinang, Bukit Merah sendiri adalah sebuah tasik buatan manusia guna sebagai empangan untuk mengairi lembah krian yang merupakan jelapang padi perak. MK Land ambik sikit buat laketown so far masih berjaya survive hingga ke hari ini. Oh ya! tasik merah jugak tempat membiaknya ikan Arowana yang mahal tu... sebab tu kalau pi Penang kat tepi-tepi Hiway tu sekarang banyak kolam ternakan Arowana pakai air Tasik Merah laaaa ..ayah cakap.
Best juga sekali sekala mandi manda kat waterpark cenggini, ayah pun dah jadi macam budak-budak, nanti Hannan nak demand Sunway Lagoon boleh tak?
Ummi dengan abang kiki, dia ni penakut air, dah dekat 20 minit baru nak turun, tapi kalau dah turun tak reti reti nak naik, terima kasih ummi kerana sporting turun air sama abang-abang, terima kasih kat tok juga jagakan hannan yang masih belum turun air... nanti hannan tulis lagi sayang semuaaaa mmmuah!
2 comments:
bestnya dapat mandi manda ek bersama keluarga... hehehe.... tgk gambau hannan yg last sekali yang tak tahan tuh... comel le.... ;)
thanx for comment
Post a Comment