Monday, June 13, 2011

A DAY AT MUSEUM (ROAD TO LANGKAWI)

1. Sebelum berangkat ke Langkawi (Year Feast) rombongan nenek transit kat Taiping, hannan dan keluarga pergi ke muzium tepen (Taiping) kat atas kiki, nenek, dan tengkorak gajah eksiden dengan keretapi. ayah cakap dia banyak belajar sejarah masa sekolah rendah kat sini dulu-dulu, dia suka masuk sebab free!

2. Semua excited, termasuk ummi walaupun rasanya dah lebih sekali dia masuk muzeum ni, hannan steady jerk!


3. Everybody in good mood, ok la tu lepas ni guna tenaga nak panjat gunung mat cincang pulak.


4. Dulu muzium ni tak friendly langsung, takleh kamera, takleh bising.. keadaan berubah, akhirnya kerajaan sedar, sejarah kena belajar dengan aktif bukan pasif macam dulu, ummi suka bebeno nampaknya ...paling kanan.


5. semua eksen, bergaya depan pelamin sebelum Iwan kawin lepas raya Aidilfitri ni, semua yang diatas adalah supervisor dan kuli masa kenduri kawin nanti, hannan ntah dimana. (semua kaum hawa first gen keluarga sukiman dan zainah.
6. Gambar dibelakang tiada kena mengena dengan manusia kat depannya, belakang tu melayu proto, depan melayu proton. cantik! hannan suke suke suke!
7. depan singgahsana kesultanan perak (dulu-dulu), ni yang ummi suka jalan bawa adik-adik, hannan ramai orang pegang, ummi boleh relek.
8. Hannan ummi dan ayah.
9. kiki pi la duduk tengah! semua nak duduk depan mana ummi nak duduk pulak!. Hannan tarik rambut kiki, suruh dia duduk tempat lain.. woitt jangan gaduh!

Saturday, June 11, 2011

Langkawi 3 Homestay Bukit Tangga, minyak gamat & Mahsuri

1. Jumpe lagi ...apa? cerita langkawi tak habis lagi.. OK. 75% masa hannan tour kat langkawi banyak dihabiskan dalam kerandut depan ayah.. most of the time tido ajer, suke tidor macam tu rasa kena buai. kroihhhh kroihhh!
2. Lapo lepas jalan-jalan, makan tidak dilupakan, hannan cukup suka hahaha! tambah kalau ummi suap mash potatoes.

3. Nenek asyik laaa nak beli minyak gamat, jadi hannan pun berentilah kat kedai minyak gamat yang banyak disepanjang jalan di Langkawi, harganya okkay, boleh beli banyak-banyak sedeqah kat kawan-kawan, berbagai brand ikutlah yang panas atau yang berangin...

4. Nenek terpengaruh dengan cerita kawan-kawannya untuk mencelup tangan dalam minyak gamat yang panas, tapi sayangnya takde yang tengah masak disitu ...takpelah yang sejuk pun jadilah ..janji celup kata nenek.

5. Pastu kami pergi ke rumah Mahsuri, kat situ ada perigi mahsuri, muzium peralatan zaman dolu-dolu dan perlbagai kebudayaan masyarakat kedah dipamerkan, bagus untuk pengetahuan dan ambil gambar.

6. Ada rumah kampung, kita boleh masuk, bagi yang sempat mempunyai rumah sebegini mungkin akan teringat masa kecik-kecik dulu.. tapi Hannan sedor-sedor dah takde rumah kayu. Sekurang-kurangnya masih dapat dilihat dan dikenang.

7. Ayah cakap dulu rumah arwah tok nek kat Kpg Titi Teduri Pulai Baling cenggitulah, tapi kini rumah tu dah takde orang duduk ..menunggu waktu untuk tersembam..anak cucu takde nak datang duduk. lantai di serambi sebelah dapur dibuat dari buluh dinamakan gelegar ... Hannan boleh dengar ajer, tapi tak faham sangat.

8. Ni homestay Haji Hamid kat Bukit Tangga ..ayah berpuashati dengan rumah ni, harga 3 hari 2 malam harganya RM500.00. Puashati kerana dalamnya ada 3 bilik siap air-cond tiap satu, ada peti ais, kelengkapan dapur masak tong gas, tv setakat kami yang pac 10+4+4 takde hal punya. kami suka sebab boleh masak sendiri basuh baju buat macam rumah sendiri.. kata hajah tinggai bawa beras dengan lauk saja.

9. Value added homestay ni adalah rare-view yang tak dapat kat tempat lain. rumahnya atas bukit jadi pemandangan luas saujana memandang, boleh dapat padi field, bukit bukau segala-galanya indah dan jauh dari hiruk pikuk orang ramai. Gambor ni ayah ambil selepas waktu subuh.

10. Homestay ini dikelilingi pokok-pokok buah menjadikan ianya sejuk dan dingin di malam hari, dicampur angin sepoi sepoi bahasa. Haji Hamid juga ada menyediakan kereta untuk sesiapa yang nak sewa kereta, ayah amek Avanza dan Vannette, harganya mungkin berubah-ubah tapi boleh hubungi Hj Hamid 0125229561, Roslan 0179295203. ..dalam rumah boleh tengok kat sini dan sini.


P/S. Pernah rasa buah Riang Dot? .. kat belakang rumah ni ada Pokok Riang Dot, rasanya masam kalernya kalau masak warna hitam. Tan Sri Sheikh Ghazali (AGC)pernah dalam muzakarah Ketua Hakim Syarie pernah sebut buah ni, katanya (...kalau dah cinta, kulit macam riang dot pun suka jugak)

Tuesday, June 7, 2011

Snow House I-City (Road to Langkawi)

1. "Hannan, kalo ayah ngantuk bawa keter hannan jerit kat telinga tau!" ..ayah semenjak dua menjak ni selalu tak tahan bawa kereta, tambahan lagi waktu siang (dia nokturnal), sedangkan kes kat Kluang dari JB bawa kereta haruss berenti tido kat kulaijaya atau renggam.
2. Masa ni rombongan nenek ke langkawi singgah ke I-city, di kesempatan ini jijim dan edo sempat amek gambo dengan hero kesayangan mr patrick starfish!

2. Macam biasa untuk mak sedara dan ipar duai yang sengal-bergambar mesti bergaya, masa ni hannan dengan ayah ..ayah camera shy hu3

3. Ni dah kat dalam snowhouse (sebenarnya ice house) tarikan terbaru selain lampu led yang berserakan di i-city shah alam, dalam saaangat sejuk kiki pun tak tahan sampai kena tutup kepala.

4. Dalam tu sangat licin, kena pakai boots, ais kepal banyak, bagi yang tak tahan sejuk dinasihatkan selain jaket pakai lagi baju dua tiga lapis, ayah dah biasa musim sejuk masa belajar dulu...

5. Tap jangan takottt sebab selain dari tiket masuk sebanyak RM25 untuk dewasa RM20 untuk kanak-kanak, pelanggan kenalah sewa jaket untk masuk dalam snow house harganya RM10.00, nak jimat bawa sendirilah bajunya...
6. Ummi dah lamatak pakai baju tebal, kemain lagi suka bergaya dengan jaket sewa.. kiki sejuk sampai takleh berkata-kata.
7. Untuk dapatkan jekat fit size datang masuk awal, walaupun jaketnya banyak tapi kalau musim cuti sekolah selalu yang fit size orang lain dah ambik ...tamau havoc datanglah masa weekday hari persekolahan... sekali bergambar takkan dan selebet tak... anak dara dan mak dara bergaya dengan jaket dalam snow house.
7. Kat luar masa jalan tengok lampu, terserempak dengan mama dan papa (nenek dan atuk angkat hannan) kalau nak tahu inilah keluarga angkat ayah dan ummi di cairo dulu, hari raya kat cairo tak sah kalau tak pi rumah papa (cik Zailan) kat Zamalek.. sekarang papa dan mama business kat Manong pekan remote Kuala Kangsar.

8. Hannan enjoy dalam kanggaroo pocket dengan ayah, semasa ummi dengan abang-abang kat dalam snowhouse, hannan lan kalilah masuk, lagipun ayah, pakngah dan pak uda kena berehat sebab nak drive lagi 3 ke 4 jam nak ke Taiping. nanti jumpa tok dan tokwannn.