P/S. Pernah rasa buah Riang Dot? .. kat belakang rumah ni ada Pokok Riang Dot, rasanya masam kalernya kalau masak warna hitam. Tan Sri Sheikh Ghazali (AGC)pernah dalam muzakarah Ketua Hakim Syarie pernah sebut buah ni, katanya (...kalau dah cinta, kulit macam riang dot pun suka jugak)
Saturday, June 11, 2011
Langkawi 3 Homestay Bukit Tangga, minyak gamat & Mahsuri
Tuesday, June 7, 2011
Snow House I-City (Road to Langkawi)
Tuesday, May 17, 2011
Hannan dah merangkak

1. Assalamualaikum semua, lama hannan tak hapdet, dari terbaring sampai dah boleh merangkak, baru nak hapdet, apala ayah ni, sibuk sangat sampai tak sempat. Takpe dah kasi warning kat ayah untuk selalu hapdet. Ini adalah post terkini Hannan semasa cuti wesak.
2. Cuti Wesak 17/5/2011, ummi ajak cari tudung kemboja jual murah-murah kat Pekan Nenas, first time pergi hari Selasa (setiap selasa sahaja) orang punya la ramai, sampai ayah pi ambik air sendiri kat dapur, ummi pulak queue kat depan meja roti canai, ummi suka kedai makan kat dalam masjid pekan nenas meskipun pelanggan ramai tapi untuk menunggu dan menikmati kesedapannya adalah berbaloi .... kata ummi. Ayah sebenarnya nak ajak pi tempat lain dia tak suka havoc, tapi sekali sekala takpe, lagipun dia suka makan burasak ....pernah makan burasak?
2.5 Burasak adalah makanan adat bugis, ayah amat suka makan sebab ada nasi dalam bungkusan pisang tu ada aroma kampung katanya. Kalau makan burasak pencicah lazimnya adalah asam pedas ikan parang. Rasanya masam sikit, ummi dah tahu favourite ayah, turut sama masuk menu pagi ni, lepat pulut. yang ni jawa punya, atuk sukiman selalu buat time raya. Abang kiki semua dia belasah, pagi ni dia makan roti canai ajer. Yuk! mangan....
3. Hannan dah pandai merangkak, tapi seret dada lagi lutut masih belum kuat. Tempat favourite Hannan masa ayah ummi dan abang-abang makan adalah bawah meja. Nanti ummi jerit ..... baik-baik hannan nanti kena pijak!
4. Hannan macam biasa suka kalau duduk dalam beg gantung. Dulu ayah tak suka bawa baby macam ni, dia kata macam b...k!. Tapi sekarang dia pulak suka pakai, dah tak larat dukung katanya, kadang tu hannan bowing.. hannan tidur je kat mana-mana, tak susah pun, menempek kat ayah macam ni....Wednesday, March 16, 2011
Geng Paya Nedam Bedeghau di Chemomoi
Pra: Chemomoi, sekali dengar macam nama kucing belaan, tapi sebenarnya ia adalah salah satu felda dalam gugusan Mendi, Triang Pahang. ada kenduri sepupu kat situ, at last terjejak juga kaki ke satu lagi bumi Allah disebabkan ukhuwwah dan mahabbah.
1. Kenduri anak Tok Njang, adik beradik sebelah ayah, ramailah kerabat dari kedah khususnya Pendang turun je Pahang, tak susah nak cari felda chemomoi.. kalau dari jb (tapi hannan gerak dari Kluang sekali dengan nenek makcik dan maksu) akan jumpa segamat, pasir besar, jempol dan masuk gugusan mendi sebelum sampai ke Triang.
2. Ini kali pertama masuk Pahang ikut Jempol, selalu samada ayah masuk ikut Bentong atau ikut Mersing/Endau. Jauh juge makan 3 ke 4 jam baru sampai.
3. Oleh sebab lama tak buat posting, hannan tunjukkan muka hannan yang baru gaya bertudung, macam muka sapa eeek?.
4. Sebahagian kerabat yang turun meringankan tangan, yang pakai DSLR tu Azmi suami kepada Fauziah sepupu ayah, baju merah Mat, sepupu ayah, yang rambut ada ekoq tu Pak Tih Non buka kedai makan kat Gambang.. mengkalu turun Gambang Water Park buleh singgah soruuuu. Yang dua orang membelakangi kamera adalah anak-anak Pak Tih Non. Kira sepupu ayah jugalah.
5. Pak Njang Mud (bapa pengantin) yang pakai baju oren, adalah anak kedah yang meneroka di Pahang, dan beranak pinak kat sana. Alhamdulillah dah lepas seorang anak ...
6. Sebahagian orang kuat yang turun 'bedeghau' (bergotong royong) turun hampir 400km dari utara, untuk memeriahkan kenduri Pak Njang Mud, - dari kiri - Pak Tih Non, Pak Lang Wi, Mat, Mak Lang Ani..
7. dari sebelah kiri.. Mak Sue, yang dok menyusu baby Dik Not sebelahnya Mak Njang, dua dihadapan adalah Mak Su Hannan dan nenek mok..
8. Oleh sebab datang dari jauh Mak Lang Ani hanya mampu menjadi penyambut tetamu, tetapi tetap bedeghau... sebelum tu mak lang dah pulun buat reja dahhhh.
9. Yang baju kaler oren adalah mak tih, isteri pak tih yang bisnes makan-makan kat gambang, bersama anak daranya yang menjadi mangsa kemalangan jalanraya... cepat semboh noooo.
9. Paktih Non dan Paksu Hadi, Paksu turun awal lagi dua tiga hari nak kenduri, wireman import dari paya nedam.. tahniah. Pakai Alza jalan jauh pun tak terasa..
10. Pak Lang Awie, tokey bendang dan getah dekat Tempoyak (nama tempat kat Pendang) sanggup naik bas sampai ke Selangor pastu Fauziah bawa sampai ke Pahang lalu ikut jalan Karak .. semoga anak cucu akan datang mempunyai spirit yang sama untuk menyambung silaturrahim... Bila Paklang nak mai Johot pulak.
11. Baju kaler-kaler Mak Njang, turut menyambut tetamu, dan yang tersenyum tu ibu pengantin ..Mak Njang juga ayah panggei ... konsep kaler 'oren'. OK. dah banyak gambar dah nih, hannan nak relax pulak. Bawah post istimewa Hannan, sekarang dah masuk 4 bulan dah pandai meniarap dan yang paling terer jelir lidah kat orang hahahahah....
Subscribe to:
Posts (Atom)
